Bikesrepublic

Suzuki Rancang Untuk Membangunkan Helmet Paparan Hadapan

 

 

  • Suzuki telah merancang untuk membangunkan helmet paparan hadapan (heads-up display: HUD) mereka sendiri untuk masa depan motosikal.
  • HUD unit yang biasa bukan sahaja memaparkan maklumat penting tetapi ianya juga akan menyampaikan suapan video secara langsung bahagian belakang motosikal yang dirancang untuk menggantikan penggunaan cermin pandang belakang konvensional.

Dari pandangan mata penunggang Nuviz

Suzuki sedang giat berusaha dalam pembangunan teknologi helmet yang akan dapat membolehkan penunggang menerima maklumat penting berkaitan motosikal atau perjalanan mereka melalui unit paparan hadapan. Memandangkan ianya adalah satu potensi yang besar dalam masa hadapan permotosikalan, lebih ramai lagi pengeluar utama motosikal melibatkan diri dalam keajaiban teknologi tinggi ini.

Sistem DigiLens

Bagi kebanyakan penunggang, kebolehan untuk menerima maklumat penting dalam sekelip mata dan dipaparkan di dalam helmet mereka kedengaran amat menakjubkan. Maklumat seperti kelajuan, pengemudian, malah menjawab panggilan telefon semasa menunggang secara teorinya adalah lebih selamat kerana penunggang tidak perlu mengalihkan pandangan mereka dari jalan untuk melihat ke arah peralatan.

Pandangan paparan hadapan dari BMW Motorrad

Suzuki merancang untuk melakukan kesemua di atas dan selanjutnya dengan menggantikan cermin sisi motosikal dengan paparan yang menyuap imej secara langsung dari kamera yang dilekap pada belakang motosikal ke dalam helmet itu sendiri. Ini bermakna, jika sistem ini berjaya, ia akan menjadi satu lagi perkara yang tidak perlu dirisaukan penunggang tentang bila masa yang sesuai untuk memotong ataupun untuk menukar laluan.

Kamera pandangan belakang dari Honda 150ss RACER

Kita sedia maklum yang ada kemungkinan yang suapan video pandangan belakang boleh menjadi keterlaluan untuk penunggang terutamanya apabila mereka perlu memberi sepenuh perhatian semasa menunggang pada kelajuan lebuhraya. Getaran dan goyangan dari kamera boleh menjadi gangguan yang besar, dan atas sebab ini, Suzuki telah muncul dengan satu penyelesaian yang mudah dan bijak; dengan meletakkan kamera di atas gimbal yang menstabilkan imej serta dapat meluaskan lagi sudut pandangan penunggang.

Bagaimana gimbal berfungsi

Namun, masih ada risiko yang sistem ini tidak dapat diterima oleh orang ramai buat masa sekarang dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Salah satu contohnya adalah Skully Helmets yang mengeluarkan helmet sebegini untuk jualan tetapi terpaksa menggulung tikar oleh kerana masalah dalaman serta politik.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut tentang kisah Skully Helmets.

Masih terdapat banyak yang perlu diperbetulkan dan dibangunkan. BMW Motorrad dan KTM, walaupun telah memulakan usaha mereka lebih awal, masih lagi dalam tahap prototaip. Dari apa yang dalam kita lihat, masa depan permotosikalan memerlukan kemajuan teknologi tinggi untuk ia lebih ke hadapan dan ianya dapat dilakukan dengan kehebatan teknologi tinggi seperti sistem pemapar HUD.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem HUD BMW.

Helmet HUD KTM dengan sistem Nuviz

TEKAN SINI untuk membaca tentang helmet paparan hadapan versi KTM.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube