Bikesrepublic

Helmet Monster Energy HJC RPHA 11 2017 Kini Di Malaysia – RM2,429!

 

  • HJC Helmet Malaysia juga telah membawa masuk beberapa helmet siri Monster Energy HJC RPHA 11 2017 edisi terhad ke pasaran Malaysia.
  • Siri Monster Energy ini adalah kerjasama rasmi yang pertama bersama dengan jenama minuman tenaga itu dan rekaannya adalah hasil daripada pereka helmet yang amat terkenal, Drudi Performance.
  • Hanya terdapat sejumlah bilangan unit yang terhad di Malaysia dan setiap satu daripada siri HJC Monster Energy ini diletakkan harganya pada RM2,429.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Beserta dengan helmet edisi terhad Star Wars HJC RPHA 11 yang istimewa, HJC Helmets Malaysia juga telah membawa masuk sepasang helmet yang juga cukup istimewa untuk ditambah pada koleksi helmet ‘full face’ tercanggihnya itu. Buat julung kalinya, HJC telah bekerjasama dengan Monster Energy untuk membawakan kepada dunia siri Monster Energy HJC RPHA mereka yang rasmi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedua-dua helmet yang direka khas dengan corak Monster Energy ini disasarkan kepada para penggemar permotoran di seluruh dunia yang meminati perlumbaan hebat dan juga salah satu jenama yang kerap kali dikaitkan dengan dunia sukan permotoran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat dua versi yang berbeza yang disediakan; HJC RPHA 11 Monster Energy Military Camo dan HJC RPHA 11 Monster Energy Military White Sand. Kedua-dua kemasan ini bukan rekaan sebarangan yang diambil dari dunia Monster Energy. Malah, rekaan-rekaan ini datang dari pereka helmet yang cukup tersohor, Drudi Performance.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang terlibat dalam apa cara sekalipun berkaitan dengan MotoGP pasti sudah mengetahui yang Drudi Performance adalah tulang belakang di sebalik ke semua rekaan helmet bagi Juara Dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi. Drudi merupakan satu-satunya yang dipercayai untuk merekacipta ke semua helmet-helmet Rossi dan helmet-helmet HJC RPHA 11 Monster Energy ini berada di tahap yang tersendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Helmet Military Camo didatangkan dengan logo Monster Energy yang cukup ikonik. Gabungan warna hijau dengan kemasan hitam matte di atas rekaan celoreng gelap pasti membuakkan darah muda pelumba setiap kali anda mengenakannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara keseluruhannya, RPHA 11 ini hanya seberat 1,400gram. Dengan helmet seringan ini ditambah dengan segala peningkatan prestasi berbanding dengan generasi sebelum ini iaitu RPHA 10, anda pasti tidak membuat keputusan yang silap dengan RPHA 11 yang baru ini. Sesetengah pihak pasti merasakan dengan warna matte-nya itu pasti menyukarkan untuk membuat penyelengaraan pembersihan namun sekali lagi HJC membantu anda dengan kemasan warna RPHA 11 Monster Military White Sand.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemasan warna Military White Sand didatangkan dalam kemasan cat kilat yang menjadikannya lebih mudah untuk dibersihkan setelah penunggangan sepanjang hari. Rekaannya juga mengingatkan sewaktu Ben Spies berlumba dengan pasukan pengilang Yamaha MotoGP dan itu sahaja sudah pasti cukup untuk menggoda kita untuk mendapatkannya pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jika anda rasakan yang RPHA 10 adalah satu pakej yang hebat untuk nilai wang anda bagi penggemar hari litar dan motosikal lumba, RPHA 11 ini berada di satu tahap yang berbeza dengan aerodinamik, pengudaraan, rekaan dan berbagai kriteria lain seperti yang dinyatakan di bawah:

  • P.I.M. Plus tercanggih (Premium Integrated Matrix Plus) struktur tempurung aerodinamik gentian kaca untuk prestasi ekstrim pada kelajuan maksimum.
  • Tempurung komposit gentian kaca diperbuat dari adunan karbon fiber, gentian kaca, dan aramid untuk menghasilkan adunan jalinan yang unik yang teguh dan juga lebih ringan.
  • Ruang pandangan lebih luas untuk penglihatan pinggiran lebih baik buat penunggang.
  • Rekaan tempurung yang dioptimumkan untuk sistem pengalihudaraan aliran angin.
  • Aliran angin bolehubah enam-tahap lohong aliran udara maksimum atas dilaras oleh dail mesra sarung tangan pada setiap lohong masukan.
  • ‘ACS Advanced Channelling Ventilation System’ penuh dengan aliran udara hadapan-ke-belakang yang memaksa bahang dan kelembapan keluar dari dalaman helmet.
  • Fabrik anti-bakteria canggih MultiCool Interior yang memberikan fungsi pengeringan yang lebih pantas dari generasi sebelumnya.
  • Pad atas dan pipi yang boleh dikeluarkan dan dibasuh sepenuhnya.
  • Bentuk EPS yang mesra cermin mata dan cermin mata hitam.
  • Rapidfire II shield Replacement System, sistem yang memudahkan penukaran dan pemasangan pelindung yang pantas dan tanpa memerlukan alatan bagi pengoperasian yang cekap.
  • Pad pipi RPHA 11 Pro yang boleh ditukar bagi ke semua saiz tempurung.
  • ‘Pin-Prepared’ HJ-26 Shield, pelindung muka 2D yang lebih baik secara optikal dengan perlindungan UV sehingga 95%.
  • Sistem penguncian buka/tutup satu-sentuhan pusat yang merupakan sistem penguncian pelindung automatik yang lebih baik dengan tuil kawalan spring.
  • Sistem dwi-kunci pelindung yang dipertingkatkan untuk keadaan perlumbaan kelajuan tinggi.
  • Pad pipi kecemasan untuk operasi menyelamat yang pantas dan selamat ketika situasi kecemasan,
  • Poket speaker komunikasi bina dalam.
  • Pelapik nafas dan tirai dagu disertakan.
  • Disertakan kedua-dua pelindung berwarna jelas dan ‘dark smoke’ serta kanta lekapan anti-kabus.
  • Lulus DOT dan ECE (Nota: Hanya helmet yang lulus ECE yang dibenarkan di import ke Malaysia.


Helmet siri HJC RPHA 11 Monster Energy ini dinilai pada harga RM2,429. Hanya jumlah yang terhad yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia dan jika anda berminat untuk mendapatkannya, kunjungilah laman Facebook HJC Helmet Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah mereka di seluruh negara untuk melihatnya dengan mata anda sendiri. Namun begitu diingatkan memandangkan kedua-dua helmet ini adalah amat terhad bilangannya, tidak semua pengedar sah HJC di Malaysia yang mempunyai helmet ini dalam stok mereka.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan