Bikesrepublic

Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Yang Ingin Beli Ducati!

  • Laporan terkini dari Reuters menunjukkan beberapa lagi nama telah muncul sebagai bakal pemilik baru Ducati.
  • Buat masa ini, pilihan terbaru yang mendahului perang pembidaan adalah keluarga Benetton dari Itali yang merupakan orang yang sama menerajui United Colors of Benetton.
  • Firma-firma lain seperti Bajaj, Polaris, Harley-Davidson dan Eicher Motors masih lagi berpeluang memiliki Ducati yang kini menuju ke pusingan kedua bidaan bermula pada bulan hadapan.


Menurut satu laporan terkini yang telah dibuat oleh Reuters, kemungkinan untuk Volkswagen Group melepaskan Ducati bagaikan sudah pasti namun persoalan utama yang masih tidak terjawab adalah siapa yang bakal mengambil alih. Buat masa ini, mereka telah menerima beberapa bidaan dan tawaran dari syarikat-syarikat dan firma-firma yang tiada kaitan langsung dengan industri permotoran. Dalam sesetengah kes, ia mungkin satu perkara yang bagus.

Kita ambil Fujifilm sebagai contoh. Anda pasti terfikirkan tentang kamera, Fuji Instax dan segalanya yang berkaitan dengan fotografi,bukan? Walaupun benar mereka masih terlibat dalam industri berkenaan namun perniagaan teras semasa mereka adalah dalam industri alatan kosmetik dan mereka telah membuat keuntungan yang BESAR dalam industri itu. Pasti anda tidak menyangkakannya.

Berbalik semula kepada Ducati. Dalam laporan yang telah dibuat oleh Reuters, ianya telah disebut bahawa beberapa nama-nama besar dalam industri permotoran selain Harley-Davidson teah pun membuat bidaan mereka dalam usaha memperolehi jenama gergasi merah dari Itali berkenaan. Syarikat-syarikat ini terdiri daripada Polaris, Eicher Motors, Bajaj, dan lain-lain. Khabar angin yang telah tersebar mengatakan Harley-Davidson sebagai pesaing utama mendahului perang bidaan memandangkan merekalah pihak yang pertama berminat untuk memiliki jenama Ducati.

Modenas Pulsar RS200, motosikal Bajaj Pulsar RS200 untuk pasaran Malaysia

Kini, telah muncul pula pilihan utama terbaru yang menjadi sebutan sebagai pemilik baru Ducati; keluarga Benetton dari Itali. Apabila anda terbaca atau mendengar perkataan Benetton, mungkin sekali perkara pertama yang terpacul dalam minda anda adalah jenama Untide Colors of Benetton. Ya, keluarga inilah di sebalik jenama berkenaan dan kini mereka sedang dalam usaha untuk membeli Ducati dengan bidaan sejumlah $1.2 billion (kira-kira RM5.2 billion).


Antara jenama lain yang tiada kaitan dengan industri permotoran dan sedang dalam pembidaan adalah syarikat-syarikat seperti Investindustrial, CVC Capital Partners, Advent, dan PAI. Ianya bukanlah satu tugas yang mudah bagi kedua-dua belah pihak yang mengendalikan bidaan-bidaan ini memandangkan ianya masih terbuka untuk semua.

Kami mengagakkan bahawa ke semua nama yang telah di senarai pendek akan memasuki fasa kedua perang pembidaan bermula pada bulan hadapan. Walaupun nama-nama yang ada cukup gah dan jumlah bidaan begitu besar, memperolehi salah satu nama yang cukup tersohor di seluruh dunia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun begitu, mereka di VW Group mungkin juga akan merasa yang ianya bukan satu tindakan yang baik bagi pihak mereka. Semua itu bergantung pada berapa banyak wang yang akan sampai ke tangan mereka akhir nanti.

Untuk berita dan perkembangan segenap dunia permotoran, teruskan bersama kami di MotoMalaya.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube