Bikesrepublic

DIUJI: Honda NSS300 – Skuter Yang Mewah

 

  • Honda NSS300 ini dikelaskan sebagai skuter premium.
  • Ciri-ciri terbaiknya adalah kelincahannya, ruangan simpanan serta penjimatan bahanapi.
  • Cukup pratikal untuk kegunaan berulang-alik dan juga penunggangan jarak jauh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Boon Siew Honda (BSH) telah menjemput ahli media permotosikalan tempatan  untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Lebaran program menyatakan, “Tunggang uji motosikal besar terkini BSH di atas litar.” Wow! Siapa yang dapat menepis jemputan seperti ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi kami pun menuju ke litar, mendengar dengan khusyuk akan taklimat yang diberikan, dan terus menuju ke pit dan mendapati beberapa buah motosikal Honda yang baru telah tersedia diparkir di lorong pit. Ada motosikal CBR650F, CB650F, CBR500R, CB500F, CBR250R, CRF250L, Rebel 500, dan juga tiga buah skuter besar.

Tetapi… tunggu sebentar. Skuter di litar tersohor SIC? Tempat di mana perlumbaan GP diadakan? Pasti ada berlakukekeliruan di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun saya tidak berkata apa-apa dan kami bertukar jentera selepas setiap sesi 3 pusingan. Akhirnya saya berada di atas skuter berwarna putih, tertera pada sisinya “NS300”. Saya menaikinya, lengkap dengan sut perlumbaan RS Taichi dan memandang pada gugusan instrumen ala-keretanya itu.

Petugas BSH memberi isyarat pada kami untuk memulakan dan saya terus keluar dari lorong pit memasuki litar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melewati Selekoh Satu dan Dua, saya menyedari akan kelincahan NSS300 ini, walaupun dengan jarak roda yng panjang dan badan yang lebar. Tetapi ianya apabila saya menderu melepasi Selekoh Tiga, dan menuruni bukit dari Selekoh Empat ke Lima dan seterusnya melepasi Enam, yang melengkung sehingga ke jalan lurus hadapan, barulah saya menyedari yang skuter ini lain daripada yang lain.

Skuter beroda kecil lebih kerap untuk berayun pada selekoh panjang yang melengkung, namun NSS300 ini kekal stabil pada sisinya, begitu stabil ada sesetengah wartawan yang telah menghasilkan percikan api dari centrestand-nya dan juga telah menyagat reraupnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enjinnya bertindak balas dengan pendikit secara serta-merta dan begitu lancar, ianya seakan-akan ala elektrik, mengaburi fakta yang ianya merupakan enjin satu silinder. Kelajuan meningkat dengan mudahnya ketika kami berada di jalan lurus hadapan.

Semua orang berkumpul semula di paddock selepas itu bagi majlis berbuka puasa. Kami membandingkan nota kami. Meskipun semua motosikal ternyata bagus, NSS300 telah mengejutkan semua orang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya membuat peringatan untuk diri sendiri yang kami perlu menguji skuter ini di atas jalan raya pada suatu hari nanti. Adakah ianya akanmempunyai prestasi  sebaik ini di dalam keadaan dunia sebenar juga?

Bagaikan mengetahui akan keinginan kami, BSH telah mengaturkan sebuah skuter NSS300 untuk kami dan saya merebut peluang ini sepantas mungkin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikenali sebagai Forza di sesetengah negara, Honda NSS300 ini ditawarkan sebagai sebuah skuter mewah. Pada pandangan pertama, ia tampak seakan-akan PCX150, PCX yang amat besar.

Di mana PCX merupakan sebuah jentera ke sana-sini yang kompak, NSS ini mengisi peranan sebagai jentera berulang-alik harian hinggalah kepada sebuah jentera kembara automatik jarak jauh. Oleh dengan itu, NSS ini menawarkan ruangan simpanan yang amat besar. Di bawah pelana sahaja, terletak ruangan sebesar 62 liter yang dalam dan luas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saya dapat memuatkan dua helmet jenis jet di bawah pelana beserta dengan dua set baju hujan; atau satu helmet, satu beg galas, satu beg kamera kecil, dan dua set baju hujan. Ianya cukup praktikal. Jika ditambah dengan sebuah top box GIVI M43 Mulebox ADV dan anda sudah sedia untuk mengembara merentasi sempadan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat dua lagi “glove box” yang diterapkan pada reraup hadapannya yang besar. Kompartmen kanan tidak berkunci dan lebih kecil, cukup bagi menempatkan dompet serta sekotak rook. Kompartmen kirinya pula, perlu dibuka dengan menekan satu butang. Ianya begitu dalam saya dapat memasukkan tangan sehingga ke siku! Jikalau ini adalah sebuah filem seram, pasti ada makhluk yang sedang menarik tangan saya dari dalam… Di kompartmen itu saya menyimpan sebotol 100 Plus, dengan telefon serta sepasang sarung tangan. Terdapat juga palam 12V jenis pemetik api bagi anda mengecas telefon atau sebarang peranti yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gugusan instrumennya yang besar itu tampak seperti pernah saya lihat sebelum ini, barangkali pada sebuah kereta Honda mahu pun sebuah Gold Wing? Ianya didominasi oleh speedometer analog dan ‘rev counter’ yang besar, diapit oleh tolok bahanapi dan tolok suhu pendingin. Terdapat paparan LCD bulat yang lebih kecil di bahagian atas yang memaparkan purata penggunaan bahanapi bagi setiap liter/100 km.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun NSS300 ini tampak besar, pelananya agak rendah kedudukannya. Bahagian sisinya telah ditiruskan memudahkan penunggang yang lebih pendek (seperti penulis) untuk menjejakkan kaki ke tanah ketika berhenti di lampu isyarat. Pelananya melebar pada bahagian belakang hingga ke ‘backstop‘. Satu sentuhan yang baik. Bahagian belakangnya lebar serta cukup empuk.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masukan kunci yang diterap dengan cip HISS (Honda Ignition Security System) dan hidupkan enjin. Ianya hidup dengan hentakan perlahan dari omboh besarnya dan kemudian ia akan reda kembali. Pulas pendikitnya dan lihatlah ia pergi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Enjin sejukan cecair, SOHC, satu silinder 279cc yang dikawal oleh sistem suntikan bahanapi elektronik PGM-Fi hak milik Honda dan digandingkan dengan CVT. Kombinasi ini memberikan tork yang mencukupi dari keadaan pegun hingga hamper ke aras mana sekali pun dalam jangkauan kuasanya.

Saiz skuter yang besar ini membimbangkan kami pada awal ujian dalam bandar, kerana saya tertanya-tanya sama ada cukupkah ruang untuk skuter ini bergerak. Sekali lagi, dimensinya mengelirukan – NSS300 ini membolehkan anda untuk menumpukan perhatian pada penunggangan anda, lebih-lebih lagi dalam keadaan trafik Kuala Lumpur yang menggila. Setiap ruang dapat diseliti, setiap lampu isyarat bagaikan permulaan perlumbaan, setiap selekoh bak Selekoh Rothmans.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan ‘Combineb Braking System’ yang begitu kuat, didokongi oleh ‘Combineb ABS’, tiada perasaan gentar akan terlanggar belakang kenderaan di hadapan. Skuter ini mempunyai daya henti yang amat ampuh. Honda mengatakan yang berat bersih jentera ini adalah pada 194kg, namun ianya terasa seperti jauh lebih ringan dari jumlah itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami juga berpeluang untuk menunggang skuter NSS300 ini dalam perjalanan yang agak jauh di tempat mana kami bertemu buat kali pertama. Di Litar Antarabangsa Sepang, bagi meliputi satu acara pada hujung minggu.

Di atas lebuh raya, skuter ini bergerak dengan lancar sekali, tidak pernah tertekan walau sekali pun ketika ianya ditunggang pada kelajuan yang tinggi. Ianya juga tampak jelas sekali yang Honda telah mengujinya berkali-kali di terowong angin kerana hanya terdapat sedikit sahaja buffeting, walaupun dengan skrinnya yang rendah. Pelana yang empuk memanjakan punggung kami, papan lantai yang panjang membenarkan sebarang jenis letakan kaki (sama ada postur motosikal yang sebenar mahu pun bersahaja) dan palang pemegangnya terletak rapat ke badan. Jangkaan kami akan kebolehan mengembara jentera ini tidak dapat disangkal lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Memiliki skuter juga bermakna penjimatan kos bahanapi. Honda mendakwa pengunaan bahanapinya pada tahap 3.24 liter/100km (30.8km/liter). Ianya cukup hampir dengan penggunaan terbaik kami pada tahap 3.6 liter/100km, memandangkan kami mengujinya dengan keras sekali di dalam bandar mahu pun ketika memecut di atas lebuh raya. Jangkauan terbaik yang kami dapat dari tangki bahanapi 11.6 liter adalah 308km. jumlah yang cukup baik sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kekurangannya? Sekali lagi keadaan jalan raya negara yang menyedihkan. Lubang jalan yang sedalam kolam ikan, bonggol bak Banjaran Titiwangsa, permukaan yang tidak rata bagaikan lompatan di atas litar motocross benar-benar menguji kemampuan suspensinya. Namun suspensi pada NSS300 ini menampung sebaik yang ia mungkin bagi sebuah skuter. Selekoh panjang yang tida sekata juga membuatkannya berayun sedikit, tetapi tidak sekali pun ianya terasa seperti anda akan kehilangan kawalan dan akan terjatuh. Honda telah melengkapkannya dengan tayar yang hebat, iaitu Dunlop Scootsmart, yang didasarkan dari tayar kembara sukan Sportsmart. Ianya juga mencengkam dengan baik di atas jalan yang basah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keseluruhannya, Honda NSS300 ini merupakan satu jentera yang cantik, mesra pengguna, praktikal, dan halus buatannya. Anda mampu menaiki dan terus bergerak tanpa perlu menghiraukan banyak perkara yang lain. Ianya mungkin kelihatan agak mahal, namun, tunggang uji skuter ini dengan sendiri anda mungkin sekali ingin memilikinya.

Spesifikasi Teknikal

ENGINE
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, single-cylinder
Compression ratio 10.5 : 1
Bore X Stroke 72.0 mm X 68.5 mm
Displacement 279 cc
Fuel system PGM-FI electronic fuel injection
Maximum power 25.5 bhp (19.0 kW) @ 7500 RPM
Maximum torque 26.0 Nm @ 5000 RPM
TRANSMISSION  
Clutch Automatic, centrifugal
Gearbox V-Matic CVT (constantly variable transmission)
CHASSIS
Front suspension 35 mm telescopic forks
Rear suspension Twin shocks
Front brakes Single disc, with Combined Braking System and optional Combined ABS
Rear brake Single disc, with Combined Braking System and optional Combined ABS
Front tyre 120/70-14
Rear tyre 140/70-13
FRAME & DIMENSIONS
Frame Underbone
Wheelbase 1546 mm
Seat height 716 mm
Kerb weight 194 kg
Fuel capacity 11.6 litres

 

Galeri Gambar

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan