Bikesrepublic

Sebab-Sebab Utama Mengapa Kami Amat Menyukai Kawasaki Versys-X 250

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017 yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini telah dikenali sebagai salah sebuah motosikal kembara yang paling mampu dimiliki berada di pasaran sekarang.
  • Pilihan yang amat unik ini telah mengisi keperluan yang sentiasa meningkat bagi segmen motosikal kembara berkapasiti kecil yang sedang mendapat permintaan yang besar.
  • Dinilai pada harga yang amat berpatutan iaitu RM23,789 (harga asas beserta GST), jentera dwi-sukan pelbagai fungsi ini memberikan keriangan yang hebat di atas jalan raya berturap mahu pun bertanah merah tidak mengira keadaan penunggangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setiap orang pasti teringinkan satu pengembaraan dalam hidup mereka. Sama ada sewaktu sedang menuju ke pejabat semasa hari bekerja atau ketika tunggangan hujung minggu bagi melupakan seketika masalah serta cabaran kehidupan seharian, kita kerap kali akan mencari sesuatu yang istimewa bagi menjadikannya lebih mengujakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam dunia permotosikalan, terdapat banyak pilihan yang tersedia boleh dipilih, terutamanya dari pengeluar gergasi dari Jepun, Kawasaki. Pasti akan ada sesuatu yang sesuai bagi sesiapa pun dari ‘Team Green’ itu, yang mana ianya datang dalam pelbagai bentuk dan saiz yang sesuai dengan sebarang bajet. Apa yang sering dicarikan oleh penunggang di Malaysia sudah pastinya sesuatu yang tidak akan membebankan poket kita. Di sini bermulanya pencarian kita untuk sebuah pilihan mampu milik yang terbaik yang juga mampu menceriakan hari-hari tunggangan kita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tampak seperti Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) telah pun menjawab permintaan kita dengan membawa masuk pelbagai pilihan motosikal yang sesuai untuk ke semua jenis penunggang dalam negara kita. Salah sebuah penambahan terkini dalam pilihan yang pelbagai ini adalah motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017 yang telah pun dilabel sebagai salah sebuah motosikal kembara yang paling mampu dimiliki di dalam pasaran buat masa ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Versys-X 250 ini telah direka khusus bagi mengisi ruang besar yang ada dalam segmen motosikal kembara berkapasiti kecil di mana pilihan yang ada tidaklah begitu banyak. Ini menjadikan motosikal Versys-X 250 ini sebuah motosikal yang amat unik yang memberikan peluang yang hebat buat penunggang yang ingin melakukan penunggangan kembara yang hebat tanpa perlu berbelanja besar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sewaktu ia membuat kemunculan pertamanya semasa lawatan kami ke Pertunjukan EICMA tahun lalu di Milan, kami terkesima dengan rekaannya – penuh dengan gaya ekstrim serta berpewatakan. Dengan rupa parasnya yang amat gah sekali, terutamanya pada rim jejarinya yang besar itu (19 inci di hadapan, 17 inci di belakang) serta pakej suspensi (fork hadapan teleskopik dengan ruang gerakan sepanjang 41mm dan penyerap hentakan belakang jenis cas gas Uni-trak), motosikal Versys-X 250 ini pasti mempunyai prestasi sehebat gayanya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi membaca dengan lebih lanjut mengenai liputan eksklusif tentang Versys-X 250 semasa Pertunjukan EICMA 2016 di Milan, TEKAN SINI.

Diletakkan pada harga RM23,789 (harga asas beserta GST), kebanyakan penggemar motosikal bersetuju yang Versys-X ini sememangnya sebuah motosikal yang amat menarik memandangkan spesifikasinya, kebolehan menunggangnya, dan prestasi keseluruhannya. Dilabel sebagai motosikal dwi-sukan/kembara, motosikal Versys-X ini secara ringkasnya adalah sebuah motosikal jalan raya yang dapat anda bawa untuk pengembaraan di atas tanah merah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi melengkapkan lagi motosikal ini, pasangkannya dengan Kotak GIVI dan beg galas sisi dan anda sudah bersedia untuk menjelajah satu dunia. Bagi mengendalikan keadaan jalan yang amat kasar, lengkapinya dengan tayar yang premium dan kami pasti tidak akan terkejut jika nama anda terpampang di dada berita sebagai penunggang motosikal negara yang telah mengelilingi dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami telah diberikan beberapa kesempatan untuk menguji kebolehan motosikal Versys-X 250 2017 ini di kedua-dua jalan berturap serta jalan tanah merah. Pada bulan April yang lalu, KMSB telah menganjurkan satu sesi tunggang uji yang amat istimewa buat ahli media permotoran bagi memperagakan kebolehan sebenar motosikal kembara kecil ini. Ianya tidak syak lagi sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil yang dibina dengan amat teguh. Tiada alasan, tiada rungutan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara ringkasnya, kami amat kagum dengan prestasinya secara menyeluruh. Dari betapa lancarnya ia di atas lebuh raya hinggalah bagaimana ianya menangani litar yang berlumpur, di tengah-tengah ladang kelapa sawit, motosikal ini beraksi dengan begitu cemerlang sekali, walaupun dengan hanya menggunakan tayar jalan raya yang standard.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dibina penuh dengan ketegapan, motosikal Versys-X 250 ini didatangkan dengan kerangka berketegangan tinggi serba baru yang dapat menangani jalan raya berturap yang penuh dengan kecelaan dan juga turut menyerap sebarang gangguan luaran. pakej casis keseluruhannya menawarkan bahagian hadapan yang lebih hebat yang meningkatkan lagi keyakinan menunggang walaupun untuk penunggang baru. Motosikal Versys-X 250 ini mempunyai keseimbangan yang sempurna di antara ketegapan dan keselesaan yang menjadikannya pilihan yang sesuai bagi semua penunggang tidak mengira tua atau pun muda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tanggapan pertama kami mengenai motosikal Kawasaki Versys-X 250 2017 ini, TEKAN SINI.

Dijana oleh enjin berkembar selari, DOHC, sejukan cecair, 249cc, Versys-X 250 ini menghasilkan 33hp pada 11,500rpm dan 21.7Nm tork pada 10,000rpm. Bersama dengan sistem ekzos serta aliran udara yang dibikin semula, ianya bermakna yang motosikal kembara mini ini telah pun ditala untuk rangkaian kuasa rendah ke pertengahan serta agihan daya kilas yang hebat dan juga pengalaman memecut yang mengujakan ketika memulas pendikitnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada gear tinggi, motosikal Versys-X 250 ini menawarkan pengalaman bersiar yang lancar dan santai yang bermakna ianya dapat membawa anda ke mana sahaja dengan penuh gaya serta selesa. Digandingkan dengan mekanisma klac “Assist & Slipper” yang menakjubkan, ianya amat mudah untuk ditunggang walaupun pada kelajuan yang rendah yang memerlukan anda menggunakan tuil klac berkali-kali yang berfungsi dengan begitu lancar sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seperti kebanyakan motosikal kembara dan dwi-sukan, motosikal Versys-X 250 ini telah dilengkapi dengan tangki bahanapi sebesar 17 liter. Sewaktu sesi tunggang uji dalam keadaan dunia sebenar kami, ianya mampu merentasi jarak melebihi 300km dengan mudah sekali. Jika anda bukannya yang jenis suka memulas pendikitnya dengan sewenang-wenangnya sepanjang masa, kami anggap yang ianya mampu merentasi jarak 400km dengan mudah. Pada pengiraan kami, anda dapat menunggang motosikal ini dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu sekiranya anda berjimat dengan pulasan pendikitnya. Inilah yang kita katakan sebagai penggunaan bahanapi yang cekap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk penunggang baru, motosikal Versys-X 250 ini sudah pasti kami syorkan sebagai motosikal pilihan pertama kerana ianya tidak dibebankan dengan kelengkapan elektronik yang rumit yang menyukarkan atau mengelirukan penunggang. Apa yang perlu anda lakukan adalah hidupkan motosikal dan ianya sedia untuk mengembara ke mana sahaja anda inginkan. Enjin berkapasiti 250cc ini telah direka untuk kadar penyelenggaraan yang rendah terutamanya di Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC) di seluruh negara. Ini sudah pasti akan menarik minat para penunggang veteran juga.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Secara keseluruhannya, Kawasaki Versys-X 250 2017 ini merupakan motosikal kembara berkapasiti kecil yang lain daripada yang lain. Sebuah motosikal yang tegap bagi menangani rupa bentuk bumi yang berlainan, halus pada sentuhan dan selesa untuk ditunggang, Versys-x 250 ini sudah pasti merupakan salah sebuah motosikal dwi-sukan terbaik dan paling mampu milik yang ada di pasaran sekarang. Dari semua sudut, ianya sebuah motosikal yang berbaloi untuk anda miliki.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kawasaki Versys-X 250 2017 dan spesifikasi penuhnya, TEKAN SINI atau kunjungi mana-mana pengedar KMSB yang sah di seluruh negara.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube