Bikesrepublic

Pasangan Dari Malaysia Telah Pulang Dari Tunggangan Bulan Madu Global Honda RS150R

  • Pasangan dari Malaysia, Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diane Latief telah pulang ke Malaysia lewat malam semalam setelah menamatkan tunggangan bulan madu global Honda RS150R yang epik.
  • Pasangan pengantin baru itu telah menghabiskan masa lebih dari enam bulan menunggang motosikal supercub Honda RS150R merentasi 25 buah negara sebelum tiba di London, England.
  • Pasangan ini telah disambut oleh ahli keluarga, sahabat handai serta wakil-wakil dari Boon Siew Honda, GIVI Malaysia, PEMADAM dan banyak lagi setibanya mereka semalam.


Setelah selama enam bulan di atas jalan raya menunggang merentasi 25 buah negara, pasangan pengantin baru dari Malaysia, Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diana Latief akhirnya telah selamat tiba kembali ke tanah air lewat malam semalam tepat pada masanya bagi menyambut Hari Malaysia. Pasangan ini telah membawa motosikal supercub Honda RS150R dalam perjalanan sekali dalam seumur hidup mengelilingi dunia.

Rakan taulan, ahli keluarga, malah para wakil dari Boon Siew Honda, GIVI Malaysia dan PEMADAM (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) telah hadir di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan pasangan ini setelah lebih dari setengah tahun menunggang merentasi dunia di atas motosikal moped 150cc.

Perjalanan yang dimulakan pada 8 April 2017 telah tamat dengan rasminya pada 31 Ogos 2017 pada Hari Kemerdekaan Malaysia sewaktu mereka mengibarkan bendera Malaysia di kota London bagi memperingati pencapaian bersejarah mereka. Terdapat hanya sejumlah kecil sahaja yang telah berjaya meperoleh pencapaian ini tetapi, untuk mencapainya dengan hanya menunggang sebuah motosikal cub 150cc menjadikannya lebih istimewa.

Ketika di tanya mengenai pengalaman mereka, kedua-dua Alfie dan Diana telah mengulas mengenai betapa bagusnya Honda RS150R ini menangani pelbagai rintangan dan halangan semasa mereka menunggangnya merentasi 25 buah negara. Ditunggang pada jangkauan suhu serendah -10 darjah sehingga setinggi 50 darjah celcius, satu-satunya isu yang telah mereka hadapi dengan motosikal moped ini adalah apabila salah satu daripada tayarnya pancit.

Mereka juga telah mengatakan yang Switzerland merupakan negara yang tercantik sekali yang pernah mereka lihat dengan pemandangan indah yang terbaik manakala India pula telah memberikan mereka cabaran terbesar dengan muka bumi yang sukar dan juga kesesakan trafik mereka yang cukup terkenal di dunia itu.

Pasangan itu juga memaklumkan kami betapa kagumnya mereka apabila berada di negara-negara tertentu seperti di Iran. Mereka telah dimaklumkan bahawa negara berkenaan berbahaya, namun sebaliknya yang telah dialami mereka kerana mereka telah berjumpa dengan orang yang paling baik dan ramah sekali, yang mempelawa mereka ke rumahnya, menjamu mereka dengan makanan, malah membawa mereka bersiar-siar di sekitar bandar.

Mereka telah mendapat layanan yang amat baik sekali dari orang yang asing walaupun terdapat jurang bahasa yang besar untuk berkomunikasi kerana warganegara Iran berkenaan tidak berapa fasih dalam bahasa Inggeris.

Secara keseluruhannya, pasangan ini melambangkan semangat jati penunggangan serta semangat jati anak Malaysia. Sebelum tamat perjalanan ini lagi, mereka telah terfikir akan perjalanan motosikal antarabangsa yang lain seperti pergi menunaikan Haji. Buat sementara waktu ini, mereka amat teruja untuk berehat dan menikmati nasi lemak yang amat dirindui sewaktu perjalanan mereka itu.

Tahniah diucapkan kepada Alfie dan Diana kerana telah berjaya melaksanakan perjalanan yang hebat itu, dan Selamat Hari Malaysia kepada semua dari kami di MotoMalaya dan juga saudara kami, Bikes Republic!

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut pengembaraan mereka, anda bolehlah melayari laman Facebook mereka dengan menekan SINI untuk Alfie, dan SINI untuk Diana.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube