Bikesrepublic

Skully Helmet Mendapat Pelabur yang Baru Berikutan Kemuflisan Mereka Pada Tahun Lalu

 

  • Projek Skully Helmet telah dihidupkan semula dengan bantuan beberapa orang pelabur yang baru.
  • Ahli perniagaan Ivan Contreras dan Rafael Contreras telah berjaya memperolehi SKULLY, Inc. dan menjenamakan semula syarikat berkenaan kepada SKULLY Technologies.
  • Berikutan satu ‘email blast‘ yang dihantar oleh pemilik baru di SKULLY Technologies, ianya kelihatan seperti mereka akan mencuba sebaik mungkin untuk memperbetulkannya.


Nampaknya Skully Helmet masih akan tetap bersama kita, tuan-tuan. Berikutan satu ‘email blast‘ yang dihantar oleh Skully Technologies baru-baru ini, ianya tampak seakan projek yang hampir terkubur ini telah kembali bernafas semula dengan bantuan beberapa orang pelabur baru yang telah menyediakan dana yang sepatutnya untuk syarikat ini.

Ahli perniagaan Ivan Contreras dan Rafael Contreras telah menyatakan dalam emel berkenaan yang mereka telah memperoleh milikan SKULLY, Inc. dengan harapan untuk menghidupkan semula projek unik ini yang berpotensi untuk mendapat sambutan yang hangat sekiranya ia dibimbing ke arah yang betul.

Ivan Contreras telah dilantik sebagai presiden baru syarikat SKULLY Technologies telah pun menghimpunkan sekumpulan orang yang bertepatan dalam usaha mereka itu dan akan bertapak di Atlanta, Georgia. Dengan pemerolehan ini, SKULLY, Inc. kini dikenali sebagai SKULLY Technologies.

https://youtu.be/ZdcWd594lRw

Pada tahun 2014 yang lalu ketika projek ini baru dimulakan, SKULLY menjanjikan masa depan permotosikalan dengan teknologi yang tercanggih yang akan diterapkan terus ke helmet itu sendiri, terutamanya bagi helmet AR-1 yang akan dilengkapkan dengan paparan pandang hadapan (HUD). Walau bagaimanapun, mereka terpaksa menghentikan usaha mereka pada tahun lalu atas beberapa faktor yang berbeza.

Untuk mengetahui kegagalan SKULLY sebelum ini dan lain-lain kesilapan terbesar dalam dunia motosikal, TEKAN SINI.

Walaupun terdapat banyak pelabur, peminat dan penggemar SKULLY yang telah menyokong projek yang gagal dari segi emosi dan juga kewangan, pemilik yang baru ini tidak berminat untuk hanya sekadar memulangkan semula wang dari projek yang lama itu dan berharap mereka mampu melakukan yang sepatutnya untuk produk revolusinari ini.

“Kami bersungguh-sungguh ingin menjadikannya kenyataan.”

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di bawah adalah emel yang telah dihantar oleh SKULLY Technologies.

“You are receiving this email because you are part of the SKULLY Nation and we are bringing back the SKULLY helmet.

We are happy to inform you that the assets of SKULLY, Inc., have been acquired by Ivan Contreras and Rafael Contreras, successful businessmen in a variety of global turnaround industrial and technology ventures, with the goal of fulfilling SKULLY’s destiny.

Ivan Contreras, President of the new company SKULLY Technologies, assembled a new leadership team and has located the headquarters in Atlanta, Georgia.

SKULLY Technologies is unrelated to the former SKULLY, Inc., which filed bankruptcy and is no longer in business. Although SKULLY Technologies has no formal obligation to the customers of the now defunct SKULLY, Inc., we recognize that hundreds of SKULLY helmet enthusiasts around the world have contributed to this product and were understandably disappointed that they never received one.

We are determined to make this right.

We will be sharing more updates soon on SKULLY and the revival of the SKULLY Nation.”

https://youtu.be/b7AYfq9uIY8
Ianya amat sayang sekali apabila sebuah syarikat yang berpotensi terpaksa dibubarkan namun dengan kebangkitan semula ini, kami berharap yang mereka dapat membawa teknologi masa hadapan ini ke satu tahap yang lebih tinggi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan