Bikesrepublic

Kawasaki Motors Malaysia Dan Bagaimana Mereka Menyumbang Kembali Kepada Komuniti

 

 

  • Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB) cukup terkenal sebagai penggiat aktif dalam beberapa buah program dan aktiviti sebagai salah satu cara mereka menyumbang kembali kepada komuniti.
  • Pelbagai acara dari kempen keselamatan jalan raya hinggalah ke Rumah Terbuka Hari Raya, KMSB telah menganjurkan beberapa buah program sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) mereka.
  • Kawasaki Malaysia juga teramatlah aktif dalam tahun ini dalam menganjurkan sebuah jelajah tunggang uji istimewa di seluruh negara di mana mereka menawarkan tunggang uji model terkini mereka dan juga pemeriksaan motosikal secara percuma.

Kebanyakan syarikat pada masa kini menumpukan perhatian mereka dalam membawakan produk yang terbaik ke pasaran sebagai cara utama mendapatkan hasil. Tiada bezanya bagi Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) dengan senarai motosikal mereka yang hebat yang sedang berada di pasaran. Selain daripada model-model motosikal mereka, tahukah anda bahawa Kawasaki Malaysia juga amat aktif dalam usaha mereka menyumbang kembali kepada komuniti?

Pelbagai syarikat di serata dunia mengamalkan apa yang dikenali sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) dan pada tahun ini, Kawasaki Malaysia telah menjelajah ke seluruh negara untuk melaksanakannya. Pada awal tahun ini, KMSB telah menganjurkan sebuah kempen keselamatan jalan raya buat semua penunggang motosikal yang menyertainya di Plaza Tol Sungai Besi pada bulan Januari yang lalu.

Pemilik motosikal dihadiahkan helmet dan ves keterlihatan tinggi bagi memastikan mereka sentiasa selamat dan boleh dilihat di atas jalan raya terutamanya ketika musim cuti yang panjang semasa jalan raya sesak dengan pengguna. KMSB juga telah menganjurkan acara itu bagi meningkatkan kesedaran akan penyelenggaraan motosikal yang betul dengan memberikan pemeriksaan motosikal 16-mata secara percuma oleh mekanik dan juruteknik terlatih dari KMSB.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen keselamatan jalan raya KMSB, TEKAN SINI.

KMSB juga dikenali atas kemurahan hati mereka dalam pelbagai rupa dan bentuk. Pada bulan Julai yang lalu, mereka telah menganjurkan sebuah Rumah Terbuka yang amat istimewa bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Setiap orang sama ada petugas KMSB dan ahli kelab motosikal Kumpulan Pemilik Kawasaki Malaysia (Kawasaki Owners Group Malaysia – KOGM) turut serta dalam kemeriahan sewaktu mereka berhimpun di Dewan Angkasaraya berdekatan dengan pangkalan udara TUDM di Sungai Besi.

Sebagai sebahagian daripada sambutan bulan yang mulia itu, KMSB telah menjemput beberapa buah rumah anak yatim untuk turut serta dalam perayaan itu sebagai salah satu cara mereka menyumbang kembali kepada masyarakat. Sesi cabutan bertuah dan pelbagai hiburan telah disediakan bagi memastikan para hadirin terhibur, termasuklah mengadakan sesi tunggang uji bagi ke semua model terbaru 2017 mereka, dari Versys-X 250, Z650 ABS, Ninja 650 ABS hinggalah ke model Z900 ABS mereka.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rumah Terbuka Hari Raya KMSB, TEKAN SINI.

Sebelum berlangsungnya acara Rumah Terbuka Hari Raya berkenaan, semangat dermawan KMSB telah berlipat ganda dalam bulan Ramadan yang mulia di mana lebih daripada 100 orang peserta telah terlibat dalam satu program kebajikan yang amat istimewa di mana mereka membantu dalam menghasilkan dan mengedarkan lebih daripada 3,000 pek bubur lambuk di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ke semua mereka yang terlibat dengan KMSB amat gembira untuk meringankan tangan membantu dengan acara memasak bubur hinggalah mengedarnya ke balai-balai polis, balai-balai bomba, rumah-rumah anak yatim, dan kepada mereka yang mengunjungi Bazar Ramadan berdekatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesi memasak bubur lambuk semasa bulan Ramadan tahun ini, TEKAN SINI.

Kawasaki Malaysia juga bertindak amat aktif dalam tahun ini dalam menganjurkan sesi tunggang uji istimewa ketika jelajah “Always Closer to You” mereka yang telah diadakan di seluruh negara. Mereka akan melawat beberapa buah bandar yang berbeza dan mengadakan tunggang uji bagi mereka yang berminat untuk memiliki motosikal Kawasaki pada suatu hari nanti.

Selain daripada sesi tunggang uji, KMSB juga turut mengambil kesempatan ini untuk memberikan perkhidmatan percuma dan pemeriksaan 16-mata percuma buat ke semua pemilik Kawasaki yang telah diperiksa oleh pegawai terlatih apabila mereka hadir dengan jentera mereka. Ianya jelas sekali yang KMSB amat teliti mengenai keselamatan dan keadaan motosikal mereka dan juga para pemiliknya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jelajah seluruh negara “Always Closer to You” Kawasaki Malaysia, TEKAN SINI.

KMSB juga turut dikenali sebagai penyokong hebat bakat tempatan yang berminat dalam industri motosikal, sama ada sebagai penunggang yang berlumba di atas litar seperti di Kejohanan Superbike Malaysia (Malaysia Superbike Championship – MSC) atau menjalinkan kerjasama bagi membangunkan bakal pakar motosikal Kawasaki di masa hadapan.

KMSB baru sahaja bertukar-tukar Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding – MoU) dengan GIATMARA Sdn. Bhd. Ianya kemudiannya disusuli dengan Memorandum Persetujuan (Memorandum of Agreement – MoA) dan dengan itu merasmikan pelancaran Program Latihan Superbike, yang merupakan hasil kerjasama antara GIATMARA dan KMSB.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran serta pemikiran keusahawanan bagi industri superbike Malaysia. GIATMARA adalah platform yang ideal sekali sebagai sebuah institut latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang akan membolehkan para pelatih menimba pengalaman bernilai beserta dengan kepakaran KMSB dalam bidang motosikal superbike.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Latihan Superbike di antara GIATMARA dan KMSB, TEKAN SINI.

Sebagai sebahagian besar daripada komuniti di Malaysia, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. bukan sahaja menawarkan kepada anda yang terbaik dari segi rangkaian motosikal dan perkhidmatan selepas jualan. Mereka juga turut aktif terlibat dalam menjadikan masyarakat di sekelilingnya lebih baik dengan menganjurkan pelbagai aktiviti serta acara yang berbeza sebagai salah satu cara mereka menyumbang kembali kepada masyarakat. Bak kata pepatah Inggeris “Excellence is not about being the best, it is about doing your best”.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube