Bikesrepublic

MotoGP: Kemenangan Bergaya Dovizioso Dalam Hujan Di Motegi

  • Andrea Dovizioso sekali lagi telah menunjukkan keunggulannya dalam perlumbaan MotoGP dalam cuaca yang basah di Litar Twin Ring Motegi.
  • Penunggang dari Itali berkenaan telah menyusup dengan pantas dari kedudukannya di belakang dan sekali lagi terlibat dalam pertarungan hebat di pusingan terakhir dengan penamat di tempat ke-dua, Marc Marquez (Repsol Honda).
  • Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing) mendahului perlumbaan ini pada sebahagian besar pusingannya sebelum terpaksa akur di tempat ke-tiga.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10156210125850769/
Ianya merupakan satu lagi perlumbaan yang mengujakan yang menyaksikan pertarungan antara wira MotoGP, Andrea Dovizioso (Ducati Team), beserta dengan pendahulu semasa kejohanan, Marc Marquez (Repsol Honda). Di Litar Twin Ring Motegi yang basah kuyup, penunggang-penunggang ini telah mempersembahkan pertarungan yang amat mengujakan di hadapan para peminat Jepun.

Bermula dari petak kesembilan, Dovizioso pada mulanya tampak agak bergelut dengan keadaan cuaca yang basah. Teman sepasukannya, Jorge Lorenzo, telah mengejutkan semua apabila dia berjaya meloloskan dirinya ke hadapan pada permulaan perlumbaan ini dengan tekad untuk memenangi perlumbaan pertamanya di atas jentera Ducati ini.

Danilo Petrucci (OCTO Pramac Racing) juga turut mengambil peluang daripada keadaan cuaca yang mencabar ini dan telah mendahului perlumbaan buat beberapa ketika sebelum Marc Marquez dan Dovizioso berjaya bergerak ke hadapan kelompok dan bertarung sesama mereka dalam salah satu pusingan akhir yang terbaik disaksikan pada musim ini. Petrucci menamatkan perlumbaan ini di tempat ke-tiga.

Marquez mendahului perlumbaan ketika beberapa selekoh yang terakhir sebelum dia melakukan satu kesilapan dan Dovizioso mengambil peluang itu untuk memecut ke hadapan pada bahagian lurus yang panjang. Marquez walau bagaimana pun cuba untuk merampas kembali tempatnya itu dengan satu cubaan yang berani di selekoh yang terakhir namun oleh kerana telah pernah mengalami cubaan sebegini sebelum ini, Dovizioso telah membuat percaturannya dengan bijak sekali dan melintasi garisan penamat GP Jepun ini di hadapan penunggang Repsol Honda berkenaan.

Penunggang bagi pasukan Suzuki ECSTAR juga dapat turut berpuas hati dengan penamat perlumbaan yang terbaik setakat ini dengan tempat yang ke-empat dan ke-lima oleh Andrea Iannone dan Alex Rins. Ini telah menunjukkan bahawa pasukan ini telah meningkat maju dengan banyak sekali, termasuklah dengan penggunaan reraup aerodinamik yang baru yang telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan walaupun dalam keadaan hujan yang lebat.

Jorge Lorenzo berjaya menamatkan perlumbaannya di tempat yang ke-enam dan membuktikan kepada semua yang dia tetap berdaya saing dalam cuaca yang basah seperti mana dia berdaya saingnya dia dalam keadaan yang kering. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) juga boleh turut mendabik dadanya dengan penamat perlumbaannya di tempat ke-tujuh di atas jentera perlumbaan Aprilia RS GP.

Pemula di petak pertama, Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) berhadapan dengan masalah kekurangan cengkaman pada jentera perlumbaan Yamaha M1-nya di mana dia kehilangan tempat pertamanya dan mengakhiri perlumbaannya di tempat ke-lapan. Berita baiknya adalah dia berjaya melintasi garisan penamat di hadapan penunggang pasukan pengilang Movistar Yamaha MotoGP, Maverick Vinales, yang berjaya memperbaiki permulaan perlumbaannya di petak ke-14 ke kedudukan P9.

Loris Baz (Reale Avintia Racing) melengkapkan senarai 10 penamat teratas dengan jarak masa di belakang pemenang perlumbaan melebihi 48 saat. Para pasukan dan juga penunggang akan menuju ke Phillip Island pada hujung minggu hadapan di mana Marquez dan Dovi dipisahkan dengan hanya 11 mata dalam kedudukan kejohanan dunia MotoGP 2017.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.

Sumber: MotoGP

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube