Bikesrepublic

Ducati Lancarkan Motosikal Ducati Panigale V4 2018 – 212hp dan 120Nm Kuasa Sejati!

 

  • Menjelangnya acara EICMA 2017 Milan Show, Ducati telah menyingkap tabir di sebalik motosikal terbaru mereka, Ducati Panigale V4 2018.
  • Dilengkapi dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale V4, motosikal Panigale V4 ini menghasilkan 212hp dan 120Nm tork maksima.
  • Ducati juga turut memperkenalkan sebuah versi “S” bagi motosikal Panigale V4 ini yang dikatakan lebih ringan dan juga lebih berkuasa.

Memperkenalkan motosikal superbike empat-silinder versi pengeluaran pertama Ducati, Ducati Panigale V4 2018. Ianya tidak syak lagi evolusi terbesar yang telah dilalui siri Panigale ini dan hasilnya cukup mengagumkan sekali.

 

Membuat kemunculan sulungnya semalam di EICMA 2017 di Milan, Itali, perubahan terbesar pada motosikal Panigale terkini ini sudah semestinya enjin 1,103cc Desmosedici Stradale 90 darjah V4, aci-engkol berputar ke arah belakang, empat injap dorongan secara desmodromik bagi setiap silinder, sejukan cecair yang menghasilkan 212hp pada 13,000rpm dan 120Nm tork.

Digabungkan dengan fakta yang enjin Desmosedici Stradale ini akan menggunakan aturan omboh “Twin Pulse” beserta dengan putaran-balas yang diangkat terus teknologinya daripada program MotoGP pengeluar berkenaan, bunyian merdu dan aura motosikal itu dikatakan lebih mirip kepada dua enjin V-berkembar yang digabungkan menjadi satu. Aturcara ini masih akan mempunyai runut bunyi Ducati yang ikonik itu namun berdasarkan video di atas, ia kedengaran seperti jentera yang amat berkuasa sekali.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai enjin Ducati Desmosedici Stradale V4 ini, TEKAN SINI.

Motosikal Ducati Panigale V4 ini bukan sahaja dilengkapi dengan enjin yang serba baru. Jika dibelek pada spesifikasinya, ia kelihatan seperti Ducati telah menyenaraikan spesifikasi terbaik yang pernah mereka ada dan pada masa yang sama, mampu melengkapkan ke semuanya di dalam casis “tanpa kerangka” berilhamkan MotoGP seberat 286lb (175kg) ini. Apa yang kami maksudkan di sini adalah pakej elektronik yang terbaik pernah direka untuk motosikal superbike pengeluaran, tuan-tuan dan puan-puan.

Segalanya pada jentera buas ini sama ada yang baru mahu pun telah dikemaskini khusus bagi motosikal Panigale V4 2018 ini. Sistem suntikan bahanapi elektroniknya diperhalusi lagi dengan penyuntik berkembar bagi mengendalikan setiap silinder. Mengemudi keseluruhan kuasanya itu dibantu dengan badan pendikit eliptik sepenuhnya “Ride-by-Wire” yang membantu dengan sistem masukan paras yang  boleh diubah bagi agihan kuasa yang optimum di keseluruhan jangkauan kuasanya.

Pakej transmisinya terdiri daripada kotak gear enam kelajuan dengan tambahan “Ducati Quick Shift” (DQS), EVO naik/turun dan ‘slipper‘ kawalan secara hidraulik serta klac basah berbilang plet servo kendiri. DQS pada motosikal Panigale V4 ini telah dikemaskini untuk disuaikan dengan gaya penunggangan tersendiri anda dan akan membantu memudahkan pertukaran gear walaupun sewaktu menangani selekoh.

Pakej elektroniknya sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita terpaksa membelek ensiklopedia bagi memahami setiap aspek yang terdapat pada motosikal Panigale V4 2018. Ianya dilengkapi dengan Mod Tunggangan, Mod Kuasa, Bosch Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Slide Control (DSC), Engine Brake Control (EBC) EVO, penentukuran tayar automatik, Ducati Power Launch (DPL), lampu LED sepenuhnya dengan lampu nyalaan siang (DRL), peredam stereng Sachs, butang pelarasan pantas, dan pemadam lampu isyarat automatik bagi menambahkan sedikit ciri mesra pengguna jalan raya.

Ke semua kuasa kuda itu memerlukan kawalan yang jitu dan Ducati telah menyediakannya buat motosikal V4 ini dengan fork hadapan beromboh besar boleh laras sepenuhnya Showa 43mm ‘Big Piston Fork” bersama dengan penyerap hentakan belakang boleh laras sepenuhnya Sachs yang dilengkapkan bagi menangani lengan ayun satu sisi aluminiumnya itu.

Untuk breknya pula, sepasang cakera brek separa terapung 330mm dengan angkup empat omboh pautan secara jejari Brembo Monobloc Stylema (M4.30) bersama dengan cakera brek belakang 245mm, angkup 2 omboh yang disertakan bersama dengan Bosch Cornering ABS EVO pada kedua-dua roda.

Tidak cukup mengagumkan lagi? Ducati juga turut memperkenalkan motosikal Ducati Panigale V4 S yang didatangkan dengan pakej suspensi elektronik keseluruhan Ohlins, bateri litium-ion, roda aluminium tempa Marchesini, dan sub kerangka yang diperbuat daripada magnesium.

 

 

 

Terdapat juga pilihan tambahan ekzos titanium Akrapovic boleh anda pilih. Hanya perlu pasangkan ekzos berkenaan, kemaskini ECU-nya dan anda akan mendapat kuasa sebanyak 226hp menjana motosikal yang beratnya kurang daripada 175kg.

Tiada lagi berita mengenai harganya, sama ada untuk motosikal Ducati Panigale V4 atau pun V4 S buat masa ini. Buat masa ini, apa yang mampu kita buat hanyalah tontoni videonya dan amati gambarnya.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan