Bikesrepublic

Pusat Honda BigWing Pertama Di Malaysia Dilancarkan Di Setapak!

  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan Pusat Honda BigWing pertama di Malaysia di Setapak, Kuala Lumpur.
  • Pusat motosikal besar Honda serba baru itu bertumpukan kepada model-model motosikal Honda yang terbaik di atas 250cc.
  • Honda X-ADV 2018 dan juga Honda CRF1000L Africa Twin telah dipratontonkan sewaktu upacara pembukaan besar-besarannya itu.

 

Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan pusat Honda BigWing yang pertama dalam negara di Setapak, Kuala Lumpur. Pusat motosikal besar eksklusif Honda serba baru itu telah membuat kemunculan sulungnya di Kuala Lumpur atas kerjasama BSH dan Ee Tiong Motorsports Sdn. Bhd.

Dikenali dengan nama gelaran sebagai “Destinations for Riders, Pusat Honda BigWing tersebut telah membezakan dirinya dengan menyediakan kepada pasaran negara dengan beberapa buah model motosikal besar Honda terbaik pernah dibina. Pusat tersebut terdiri daripada bilik pameran yang serba canggih, pusat perkhidmatan, sudut alat ganti dan aksesori, serta ruangan istirehat pelanggan.

Pelancaran tersebut juga telah menyaksikan kemunculan model-model yang dinantikan, Honda X-ADV 2018, Honda CRF1000L Africa Twin, dan Honda CB1000R. Model-model baru ini akan boleh didapati dalam separuh pertama tahun 2018, dengan dua buah lagi motosikal besar mereka bakal menyusul menjelang akhir tahun ini.

Selain Honda BigWing Setapak, tiga lagi pusat telah dirancang untuk di buka; sebuah masing-masing di Pulau Pinang, Selangor dan Johor sepanjang tahun ini. Dengan Pusat BigWing, BSH mensasarkan peningkatan jualan sehingga 30% bagi pilihan motosikal besar mereka, atau kira-kira 1,600 unit sebelum penghujung tahun ini.

Ke semua pemilik dan bakal pemilik motosikal Honda dijemput ke bilik pameran terbaru di Setapak di mana ruang 5,535 kaki per seginya itu telah diisi dengan motosikal yang hebat, pusat perkhidmatan yang menakjubkan dan ruang istirehat yang selesa untuk berehat, relaks, dan bersantai. Selain daripada menguruskan pusat tersebut, Honda BigWing Setapak juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti lain seperti acara konvoi antarabangsa, perhimpunan, dan pelbagai lagi acara di masa yang akan datang.

Untuk mengetahui dengan lebh lanjut mengenai Honda BigWing Setapak, layarilah laman Facebook rasmi Honda BigWing Setapak.

Nantikan Kemunculan Rangkaian Motosikal Kembara Boon Siew Honda Bagi Tahun 2018!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan