Bikesrepublic

Ducati Panigale V4 R 2019 Buat Kemunculan Pertama Di World Ducati Premiére 2019!

  • Ducati telah memperkenalkan model Ducati Panigale V4 R 2019 sewaktu acara World Ducati Première 2019.
  • Enjin 998cc-nya itu mampu menghasilkan 217hp, namun, dengan ekzos perlumbaan, ianya dipertingkatkan menjadi 231hp.
  • Panel badan baharunya dilengkapi dengan winglet.
  • Ianya hanya seberat 193kg, diisi penuh dan sedia untuk ditunggang.

Kita telah menjangkakan kemunculan model Ducati Panigale V4 R 2019 pada acara Ducati World Première 2019 dan ianya telah menepati jangkaan.

Ducati Lancarkan Keseluruhan Rangkaian 2019 Di Ducati World Premierè 2019

Motosikal Panigale V4 R adalah model homologasi untuk siri perlumbaan World Superbike dan juga bagi siri perlumbaan berasaskan motosikal superbike pengeluaran yang lain. Perlumbaan berdasarkan model pengeluaran memerlukan jentera yang dipertandingkan untuk mempunyai beberapa persamaan dengan motosikal kegunaan orang ramai. Oleh dengan itu, para pengeluar biasanya akan menghasilkan sejumlah model ‘homologasi’, berdasarkan jumlah pengeluaran yang ditentukan. Model Panigale V4 R adalah salah sebuah model homologasi ini.

Kapasiti enjinnya telah dihadkan kepada 1,000cc mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi jentera janaan enjin ‘V-Four’ dan ‘Inline-Four’. Namun begitu, enjin 998cc pada jentera Panigale V4 R ini mampu menghasilkan sehingga 217hp dan 112Nm tork. Bagi memberikannya nisbah kuasa-ke-berat yang lebih baik, ianya telah dihasilkan dengan berat 193kg sahaja, lengkap diisi dan sedia untuk ditunggang.

Apa? 217hp tidak mencukupi bagi anda? Jika begitu, anda boleh sahaja melengkapkannya dengan ekzos “Ducati Performance”, diperbuat oleh Akrapovic, bagi membolehkannya mencecah sehingga 231hp yang mengagumkan. Ianya jumlah keluaran kuasa yang sama seperti model Kawasaki Ninja H2 – tanpa menggunakan pengecas lampau.

Sebagai perbandingan, enjin Desmosedici Stradale 1,103cc yang dilengkapi pada model Panigale V4 dan Panigale V4 S mampu menghasilkan 212hp dan 120Nm tork.

Hebat sangat ke Ducati Panigale V4 ni?

Pengurangan berat motosikal Ducati Panigale V4 R ini juga hasil daripada penggunaan komponen dalaman enjin yang lebih ringan. Ducati telah menggunakan omboh yang ditempa, injap titanium, palang penyambung titanium, aci ‘cam’ yang baharu dan badan pendikit yang lebih besar. Komponen-komponen yang lebih ringan ini membolehkan enjinDesmosedici Stradale ini membuat revolusi yang lebih tinggi hingga ke tahap maksimum sehingga 16,500rpm. Keluaran kuasa kemuncaknya adalah pada 15,520rpm, 2,250rpm lebih tinggi berbanding enjin 1,103cc.

Sistem suspensi ‘manual’ juga turut membantu dalam mengurangkan berat berbanding dengan sistem elektronik yang boleh didapati pada model Panigale V4 S.

Sistem elektronik yang dikemaskini, antaranya pengehad kelajuan lorong pit, pemasa pusingan GPS, selain daripada IMU (Inertial Measurement Unit) berasaskan Cornering ABS dan kawalan cengkaman sensitif sudut condong, kawalan ‘wheelie’, kawalan pemula, kawalan brek enjin, dan kawalan gelongsoran roda belakang.

Berita yang paling mendapat sambutan, sudah semestinya merupakan winglet dan panel badan baharu pada model V4 R ini. Winglet ini melambangkan kesungguhan kajian dan pembangunan Ducati dalam bidang ini. Panel badan baharunya itu juga dilengkapi dengan ‘sesirip’ besar pada kedua-dua belahnya bagi membantu aliran udara melalui radiatornya.

Harganya dijangka akan didedahkan sewaktu pertunjukan EICMA yang akan bermula lewat minggu ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube