Bikesrepublic

Berita Hebat Buat Para Pemilik Harley-Davidson Sportster!

  • Harley-Davidson Sportster adalah salah sebuah motosikal paling menyeronokkan yang boleh anda miliki.
  • Ia menggabungkan gaya dan prestasi.
  • Penyelenggaraan adalah sebahagian daripada pengalaman pemilikan motosikal.
  • Ini mungkin menelan kos yang besar, jadi pakej dan diskaun amatlah dialukan.
  • Harley-Davidson Petaling Jaya dan Harley-Davidson Pulau Pinang sedang menawarkan pakej diskaun dengan promosi ‘beli satu, percuma satu’.
  • Teruskan membaca bagi mendapat maklumat tambahan.

Adakah anda memiliki motosikal Harley-Davidson Sportster? Atau anda ada rakan taulan atau keluarga yang ada? Jika ya, ini adalah masa yang sesuai untuk anda berikan perhatian kerana anda mungkin akan berpeluang menjimatkan wang anda untuk kos penyelenggaraan, atau juga membantu kenalan anda untuk menjimatkan wang.

Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) dan Harley-Davidson Pulau Pinang (HDPG) sedang menganjurkan satu kempen penyelenggaraan Sportster istimewa khusus untuk para pemilik Sportster. Tanpa mengira bila dan di manakah motosikal itu dibeli, HDPJ dan HDPG akan mengalukan kedatangan anda dan motosikal Sportster anda untuk kempen penyelenggaraan ini.

Bermula sekarang hingga 31 Januari 2019, HDPJ dan HDPG akan menawarkan pakej penyelenggaraan “beli satu, percuma satu” yang istimewa.

Apa yang selalunya menelan belanja sehingga RM900, kini boleh didapati dengan hanya RM549. Pakej ini termasuklah satu ‘Major Service’ (yang meliputi penukaran minyak enjin, penukaran minyak transmisi, penukaran penapis, cuci saluran brek, serta diagnostik dan pemeriksaan am), beserta untuk ‘Minor Service’ yang meliputi ke semua aspek di atas kecuali untuk penukaran minyak transmisi.

Paling menarik tentang tawaran ini adalah anda boleh beli pakej ini sekarang atau bila-bila masa sebelum 31 Januari 2019, dan gunakannya pada bila-bila masa dalam tahun 2019.

Berminat? Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian +60379559399 jika anda ingin mengunjungi Harley-Davidson Petaling Jaya, atau talian +6045062200 untuk Harley-Davidson Pulau Pinang.

https://www.bikesrepublic.com/2018/06/25/tunggang-uji-harley-davidson-sportster-48-special-rupa-paras-retro-menawan-buat-sebuah-tunggangan-dalam-bandar/

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube