Bikesrepublic

Lahirnya Ducati Streetfighter V4 Dengan ‘Membogelkan’ Panigale V4

Bayangkan sebuah Ducati Panigale V4 yang telah ‘dibogelkan’ – demikian kenyataan yang paling mudah untuk mengambarkan Ducati Streetfigter V4 2020 yang dilancarkan di Ducati World Premier (DWP) 2020, di Rimini, hari ini.

Mengapa dibogelkan? Kerana disebalik rupa luaran Streetfighter V4 yang menampilkan ciri sebuah motosikal jenis naked, jentera ini menghasilkan 208 hp – kurang 6 hp daripada Panigale V4 – pada 12,750rpm dan 123Nm pada 11,500rpm.

“208 hp bagi sebuah jentera naked”

Hadamkan kenyataan itu, kerana itulah yang ditawarkan Streetfighter V4 bagi semua peminat jentera dua roda di seluruh dunia.

Meskipun Ducati telah ‘merendahkan’ kuasa yang dihasilkan enjin 1100cc Desmosedici Stradale, tidak dapat dinafikan angka itu masih terlalu tinggi.

Menyedari perkara ini, Streetfighter V4 didatangkan dengan ‘biplane wings’ dan pakej elektronik menyeluruh bagi memastikan jentera ini kekal berpijak di bumi nyata dan bukannya melayang ke awangan.

Rekaan bahagian depan pula diinspirasikan daripada watak Joker – antagonis ikonik di bandar Gotham. Jadi tidak hairanlah, rupa keseluruhan Streetfighter V4 tampak jahat.

Rekaan Ducati juga ditonjolkan pada lampu depan DRL yang terdapat pada Panigale V4 dan Supersport.

Menariknya bagi model ini, bahagian enjin tampak lebih ketara dengan penggunaan kerangka yang minimalis.

Bagi mengekalkan DNA Streetfighter, bahagian ‘handlebar’ clip-on telah digantikan dengan ‘handle’yang lebih tinggi dan lebar termasuk foot peg yang lebih agresif sehingga Ducati sendiri secara jujurnya memaklumkan kedudukan Streetfighter V4 tidak selesa yang diharapkan.

Jika 208 hp tidak cukup, Ducati menawarkan ekzos Ducati Performance oleh Akrapovic yang akan meningkatkan kuasa kepada 220 hp di samping mengurangkan 6 kg berat.

Bagi yang bimbang akan kehilangan kawalan jentera buas ini, Streetfighter V4 didatangkan dengan beberapa pakej elektronik:

  • ABS Cornering EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO

Seperti barisan Ducati lain, Streetfighter V4 juga didatangkan dengan tiga mod tunggangan – Street, Sport dan Race – namun kami berasakan setiap mod ini sebenarnya merujuk kepada Gila, Gila Sangat dan Gila B***.

Bagi yang inginkan keterujaan yang lebih tinggi, Ducati turut menawarkan Streetfighter V4 S yang menawarkan beberapa ciri premium antaranya:

  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO
  • Fork Öhlins NIX-30 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Penyerap hentakan Öhlins TTX 36 dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Öhlins steering damper dengan sistem kawalan Öhlins Smart EC 2.0
  • Forged aluminium Marchesini wheels

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube