Seramai 116 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan dalam tempoh tiga hari perayaan Songkran di Thailand. Angka kematian pada hari Sabtu sahaja telah mencapai 48 kes, manakala 411 kecederaan dilaporkan. Jumlah mereka yang tercedera mencecah 968 dalam tempoh yang sama.
Sejumlah 936 kes kemalangan jalan raya dilaporkan. 40.05 daripadanya disebabkan oleh memandu laju, 27.81 peratus oleh kerana memandu di dalam keadaan mabuk, dan 16.85 peratus lagi kerana memotong kenderaan lain.
Sebanyak 85.5 peratus kemalangan melibatkan motosikal. Majoriti kemalangan bukan kerana jalan berliku atau keadaan tidak baik, sebaliknya 81.63 peratus berlaku di atas jalan lurus.
Wilayah Nakhon Si Thammarat dan Songkhla mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi dalam tempoh tiga hari masing-masing sebanyak 19 kes.
Bandaraya Bangkok pula mencatatkan angka kematian tertinggi dalam tempoh sama iaitu 8 kematian, manakala Songkhla mencatatkan 45 kes kecederaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Awam, Chaiwat Chuntirapong, berkata pegawai menyesuaikan langkah pencegahan supaya sesuai dengan realiti di lapangan.
Tumpuan diberikan kepada jalan raya sekunder dan komuniti, di mana penunggang motosikal cenderung untuk memandu laju tanpa memakai topi keledar dan selepas mengambil arak.
Kami tahu ramai penunggang motosikal dan pemandu dari Malaysia yang gemar ke Thailand untuk menyambut pesta Songkran serta untuk beriadah, tetapi kami harap anda sentiasa berhati-hati bila di sana. Juga, laporan menyatakan pengambilan arak tetapi tidak menyatakan pengambilan dadah yang terbuka iaitu ganja. Mungkin ada kes yang melibatkannya tetapi tidak dilaporkan. Apapun, kerajaan Thailand akan menarik balik penggunaan ganja secara sah pada hujung tahun ini.