Bikesrepublic

Moto Morini Corsaro 1200 ZZ 2017 – Jentera Naked Buas Asli (RM94,568)

  • Motosikal terbaru Moto Morini Corsaro 1200 ZZ adalah motosikal terbaru dibina oleh pengeluarnya yang patuh piawaian Euro4.
  • Didatangkan dengan enjin V-berkembar 1,187cc, Corsaro 1200 ZZ menghasilkan 137hp dan 124Nm tork.
  • Setiap motosikal dibina khusus mengikut spesifikasi pemilik dengan harga €19,900 (kira-kira RM94,568).


Bagi tahun 2017, Moto Morini telah menayangkan sebuah motosikal terbaru mereka dengan memperkenalkan Moto Morini Corsaro 1200 ZZ 2017. Dengan pengenalan peraturan emisi terbaru Euro4, kebanyakan pengeluar premium yang menghasilkan motosikal dalam jumlah yang kecil perlu mereka semula enjin mereka bagi memastikan ianya patuh pada peraturan ini atau membangunkan motosikal yang baru dari mula. Moto Morini Corsaro 1200 ZZ merupakan motosikal serba baru yang dibangunkan dari mula.

Walaupun Corsaro 120 ZZ ini merupakan tawaran terkini dari Moto Morini, mereka telah menyatakan bahawa motosikal ini masih lagi mengekalkan “jiwa motosikal yang tidak gentar, kencang, dan tidak pernah mengalah.” Apabila ianya digambarkan sebegitu rupa, dan digandingkan dengan enjin V-berkembar 1,187cc, semestinya ini menjadikan ianya sebuah motosikal naked kekar yang cukup buas dan liar.

Menggunakan penjana kuasa V-berkembar 1,187cc yang telah diambil dari motosikal Bialbero Corsa Cora, pengeluar ini telah memastikan motosikal ini melalui evolusi yang teliti bagi membolehkannya sejajar dengan peraturan Euro4 dan pada masa yang sama mengekalkan perwatakan Itali yang asli. Hasilnya ianya dapat menjana sehingga 137hp dan melebihi 124Nm tork yang tidaklah begitu ketara sekali.

Moto Morini juga telah mendakwa yang Corsaro 1200 ZZ ini adalah 100% buatan Itali kecuali pada modul ABS Bosch yang sudah pastinya daripada teknologi Jerman. Segalanya bermula dengan sistem ekzos sepenuhnya Zard, fork hadapan bolehsuai sepenuhnya, angkup monoblok radial Brembo, tayar Pirelli, malah paparan berwarna 5 inci TFT diperbuat di Itali.

Jika anda berminat untuk memiliki motosikal ini, harga permulaannya adalah pada €19,900 (sekitar RM94,568 selepas pertukaran) dan Moto Morini juga menyatakan bahawa setiap motosikal ini akan dibina khusus mengikut spesifikasi pilihan pemilik. Jadi, jika anda inginkannya, anda boleh menempahnya sekarang dengan pengeluarnya.

Sumber imej: Moto Morini

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube