Bikesrepublic

Motosikal Pacuan Semua Roda – Sekadar Angan-Angan Atau Kenyataan?

 

  • Persoalan mengenai sama ada motosikal pacuan semua roda benar-benar wujud atau pun palsu masih menjadi tanda tanya buat kebanyakan kita namun bagi sesetengah pengeluar, mereka telah pun memfailkan paten bagi motosikal hibrid versi mereka sendiri.
  • Pengeluar seperti Suzuki telah pun memfailkan paten bagi sebuah skuter maxi hibrid pacuan dua roda sementara BMW R 1200 GS ‘xDrive Hybrid’ kekal sebagai tanda tanya.
  • Walaupun ada yang mengatakan motosikal BMW hanyalah satu usikan ‘April Fool’ BMW yang dirancang untuk tahun ini, ada juga yang merasakan ianya bukan hanya sekadar satu gurauan.

 

Teka-teki bagi misteri ini masih belum terjawab. Adakah mana-mana pengeluar yang ada sedang dalam perancangan menghasilkan motosikal pacuan semua roda dalam masa terdekat ini? Penyebab kepada timbulnya soalan ini telah pun berlegar sejak beberapa tahun yang lalu tetapi pada bulan lalu, BMW Motorrad telah mengumumkan bahawa mereka sedang dalam perancangan sebuah AWD BMW R 1200 GS dengan sistem ‘xDrive Hybrid’.

Masalahnya di sini, pengumuman itu dikeluarkan sekitar hari ‘April Fool’. Ada sumber yang mempercayai yang ini adalah satu gurauan dari pengeluar Jerman ini dan di sebelah pihak yang lain merasakan bahawa ianya satu pengumuman yang asli. Jadi, siapa yang berkata benar? apakah yang betul? Mari kita kupas segala maklumat yang ada.

Skuter Hibrid Pacuan Dua Roda Suzuki


Pada satu masa di penghujung bulan lalu, Suzuki telah memfailkan satu paten yang kelihatan seperti sebuah skuter mazi Suzuki Burgman dengan satu kelainan; sebuah motor elektrik yang dipasang pada bahagian hadapan motosikal itu. Kami dapat mengesahkan yang sesungguhnya ini adalah benar mereka telah memfailkan paten di Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat(USPTO).

Skuter ini dijana secara amnya oleh enjin kuasa petrol yang biasa yang memacu kuasa ke arah roda belakang namun dengan motor elektrik yang dipasang pada tayar hadapannya, kedua-dua enjin bekerjasama menggerakkan skuter ini.

TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut mengenai skuter hibrid pacuan dua roda Suzuki ini.

Apa yang paling mengagumkan tentang paten-paten ini adalah bagaimana bahagian hadapannya telah dirombak semula dalam cara yang begitu unik dan menakjubkan untuk merumahkan kedua-dua sistem suspensi hadapan serta motor elektriknya itu. Usaha ini sememangnya amat mencabar kerana kekangan dari segi saiz dan dimensi motosikal yang kecil, seperti sebuah skuter, tetapi nampaknya Suzuki dengan jayanya telah mengakali permasalahan ini.

Suzuki Burgman 2017

Sama ada skuter maxi hibrid Suzuki Burgman akan dikeluarkan masih samar-samar lagi jawapannya. Kami mengagakkan yang Suzuki mungkin akan berkongsi lebih maklumat menjelang penghujung tahun semasa pertunjukan-pertunjukan motosikal yang mengujakan terutamnya EICMA di Milan, Itali.

BMW R 1200 GS xDrive Hybrid


Pada masa kini, BMW R 1200 GS dengan sistem xDrive Hybrid telah menimbulkan perdebatan diantara kebanyakan para penerbit permotoran di dalam industri. Terdapat dua sebab mengapa ianya masih menjadi bualan mengenai keaslian dakwaan pacuan semua roda BMW R 1200 GS ini.

Bukti pertama adalah tarikh yang telah dipilih oleh BMW Motorrad untuk mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya; 1 April. Dengan begitu banyak berita-berita palsu dan gossip-gossip liar tersebar pada waktu itu, ramai yang membuat andaian sama ada ianya benar atau pun tidak.

Sebagai contoh, kita boleh ambil konsep yang diutarakan oleh Triumph yang cukup menghiburkan, ‘HandleWheel’. Konsep ini dikeluarkan sekitar waktu yang sama dengan sistem BMW xDrive Hybrid. Sukar untuk mengasingkan yang mana hanya sekadar gurauan dan yang mana satu adalah berita yang benar. Namun begitu, terdapat beberapa penerbitan yang tetap memaparkan berita dari BMW itu.

Sistem ‘HandleWheel’ Triumph

Pada masa yang sama, BMW Motorrad telah pun mengeluarkan kenyataan akhbar yang amat terperinci dan teliti, sama ada untuk memastikan kita termakan umpannya, atau pun ianya adalah sistem yang benar-benar ada yang sedang mereka usahakan. Beberapa minggu selepas April Fools, MCN telah menerbitkan artikel yang mengatakan yang sistem pacuan semua roda ini ternyata benar.

Paten Motor elektrik BMW Motorrad

Dalam artikel berkenaan, MCN menyatakan bahawa selepas kenyataan akhbar olok-oloknya itu, BMW Motorrad telah memfailkan satu paten yang bernama “Motorcycle with an electrically drivable front wheel”. Paten ini bagaimana pun mungkin merujuk kepada Wunderlich X2 GS yang telah pun dikhabarkan pada 2015 yang lalu.

BMW R 1200 GS Wunderlich X2

Kesimpulannya, ianya satu kemungkinan yang besar bahawa motosikal pacuan semua roda akan menjadi masa depan dunia motosikal jika dilihat pada paten-paten yang telah difailkan oleh para pengeluar ini. Sama ada sistem yang kita telah lihat selama beberapa tahun ini adalah sistem yang sebenar masih menjadi tanda tanya. Apapun masa depan yang dicipta bagi industri permotosikalan, semestinya ianya tidak membosankan.

Teruskan setia dengan MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube