Bikesrepublic

BHP Karak – Stesen Minyak Paling Popular Di Selangor?

 

  • Hampir setiap penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang menetap sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pasti akan mengetahui tentang stesen minyak BHP Karak yang terletak selepas Plaza Tol Gombak.
  • Mengapakah stesen minyak ini menjadi mercu tanda paling dikunjungi bagi para penunggang motosikal dan juga pemandu kereta yang keluar untuk pengembaraan hujung minggu?
  • Kebanyakan orang, ianya tempat pertemuan yang sesuai sebelum bergerak dengan keseluruhan konvoi. Dalam artikel ini, kami akan mendalami sebab-sebab mengapa stesen minyak BHP ini cukup popular.

Hampir keseluruhan semua yang terlibat dalam dunia motosikal di Malaysia akan cukup arif sekali mengenai tempat ini. Pesanan teks atau pun WhatsApp yang lazimnya dihantar atau diterima dikalangan penunggang motosikal dan juga pemandu kereta adalah sama ada “Bro, jumpa kat BHP Karak’, atau “Dah on the way ke BHP Tol Gombak”.

Daripada ribuan stesen minyak yang bertaburan di seluruh negara, tiada yang dapat menandingi popoulariti stesen minyak BHP yang terletak selepas Plaza Tol Gombak ini. Jika anda berada di sana awal pagi Ahad, sudah tentu anda dapat saksikan ratusan motosikal dan juga kereta berhimpun di stesen ini bersebelahan dengan jalan utama.

Persoalannya, mengapakah begitu ramai penunggang dan pemandu memilih untuk berkumpul di lokasi ini? Pertamanya, ia merupakan stesen minyak pertama yang ada selepas Plaza Tol Gombak. Ini bermakna tempat ini sukar untuk terlepas pandang bagi kebanyakan orang. Oleh sebab ini, Stesen Minyak BHP ini menjadi tempat pertemuan sempurna bagi kebanyakan orang sebelum memulakan pengembaraan hujung minggu bersama.

Kebanyakan penunggang akan berhimpun dan menunggu yang lain-lain untuk tiba sebelum mereka memulakan konvoi ke destinasi-destinasi pengembaraan pilihan seperti Bentong, Genting Highlands dan Cameron Highlands. Stesen BHP ini menandakan penanda arah pertama bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Plaza Tol Gombak dan ianya begitu mudah kelihatan dari jauh dengan bangunannya yang berwarna oren terang.

Satu lagi sebab yang cukup praktikal adalah stesen ini dapat memenuhi keperluan bahanapi bagi jentera kesayangan masing-masing. Stesen minyak BHP ini menyediakan berbagai jenis bahanapi untuk memenuhi keperluan kenderaan jentera yang berbeza. Bagi stesen BHP ini, ia menawarkan empat jenis bahanapi: Infiniti RON95, Infiniti Euro4M RON97, Infiniti Diesel, dan juga Infiniti Euro5 Diesel.

Terdapat beberapa mengapa ianya lebih baik untuk membuat isian dengan bahanapi BHP. Sebab terutamanya adalah kesemua bahanapi mereka
mengandungi pakej aditif terkini dari Jerman yang disumberkan dari syarikat bahan kimia termaju dunia. Bahanapi dari BHP mengandungi Infiniti ‘Advanced 2X’, dimana bahanapinya dirawat dengan dua kali aditif berkuasa bagi memastikan jentera anda beraksi lebih baik, pantas, dan lebih bersih.

Kami telah pun berkali-kali berada di stesen minyak ini, pada permulaan begitu banyak perjalanan konvoi ke lokasi penunggangan yang berbeza dan kadang kala, penantian bagi mencukupkan ahli pengembaraan agak mengambil masa. Bagi sesetengah orang, perjalanan ke Bentong untuk menikmati sarapan lemang dan rendang di Lemang To’ki yang terkenal selalunya bermula dengan berkumpul di stesen BHP ini namun, apa salahnya jika dialas perut terlebih dahulu,kan?

Bagi mereka yang sekian lama menunggu kehadiran ahli perjalanan yang tak kunjung tiba, terdapat beberapa pilihan bagi mengalas perut kerana menunggang secara lapar mengganggu penumupuan. Di stesen itu sendiri, terdapatnya BHP Petromart dimana anda dapat mendapat pelbagai snek, minuman dan macam-macam lagi barangan keperluan.

Untuk mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza bolehlah memilih diantara pilihan donat yang menyelerakan di Dunkin Donuts yang terletak di sebelah kanan bangunan. Terdapat juga sebuah Old Town White Coffee yang terletak di sebelah kiri bangunan bagi mereka yang perlukan suntikan kafein sebelum meredah perjalanan.

Kesimpulannya, ada banyak sebab mengapa stesen minyak BHP yang terletak betul-betul selepas Plaza Tol Gombak ini dianggap sebagai stesen minyak paling terkenal di Selangor, malahan di seluruh Malaysia.

Bagi penulis, sebab yang terbaik untuk menuju ke BHP Karak ini pada awal-awal pagi adalah untuk menyaksikan sendiri koleksi motosikal yang ada di Malaysia, dari superbike premium seperti Yamaha YZF-R1 hinggalah ke cruiser tempahan khas Harley-Davidson. BHP Karak ini bagaikan satu taman permainan fantasi bagi mereka yang gilakan motosikal. Jadi, marilah kita “Race the rain, ride the wind, and chase the sunset.”

 

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube