Bikesrepublic

300cc Dengan 37.5 HP, Benelli 302S Ganti TNT 300

Sumber: RideApart

Selepas kejayaan memasarkan Leoncino 500 dan TRK 502, pengeluar motosikal Itali, Benelli bakal perkukuhkan jenama mereka dengan melancarkan Benelli 302S.

Benelli 302S merupakan motosikal segmen ‘entry level’ yang akan menggantikan TNT 300.

Jentera ini telah pun dipasarkan di Amerika Syarikat dengan harga USD4,299 (RM17,920).

Tidak seperti TNT 300, 302S telah didatangkan dengan rekaan serba baharu serta enjin yang lebih berkuasa.

Model ini turut dilengkapi beberapa ciri baharu antaranya lampu projektor LED dan paparan digital.

Bagaimanapun, seperti model sebelumnya, 302S turut mengguna pakai kerangka steel trellis.

Antara perbezaan ketara, TNT300 menggunakan enjin 282cc namun 302S dilengkapi enjin 300cc, parallel twin 4-lejang DOHC yang menjana 37.5 hp (32.2 hp pada TNT 300) pada 11,000 rpm dan 25.62 Nm pada 9,000 rpm.

Bagi menjamin keselamatan, brek kaliper depan adalah jenis empat piston 260 mm dual-disc dan kaliper dua piston 240mm dengan single disc di bahagian belakang.

Meskipun masih tiada maklumat mengenai model baharu ini di Malaysia, kami menjangkakan pegumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

(SUMBER: Motoroids)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube