Bikesrepublic

4 Cedera, Tiga Kereta Langgar Tayar Lori

Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Kilometer 199 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Sitiawan, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Yaris itu, melibatkan wanita berusia 36 tahun yang tersepit, lelaki berumur 35 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga serta empat tahun.

Beliau berkata, bagaimanapun, tiga lelaki yang menaiki kereta jenis Honda Civic, Mercedes dan lori tangki jenis Volvo secara berasingan, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sabarodzi berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan itu pada 8.40 malam sebelum jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dan BBP Seri Manjung tiba ke lokasi kejadian 13 minit kemudiannya.

“Ketua operasi melaksanakan size-up, seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER (System Approach To Victim Entrapment Rescue) dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Seorang mangsa yang tersepit dibawa oleh EMRS (Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan), manakala tiga mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 10.36 malam. – BERNAMA

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube