Bikesrepublic

5 Cara untuk Tercedera ketika Menunggang Motosikal

Maaf jika tajuk di atas mengerikan tetapi itulah realitinya yang jika kita tidak menghormati risiko bermotosikal dan mengambil pendekatan mudah.

Sebaliknya, kita boleh mengurangkan beberapa risiko ini. Kita mendapat masalah kerana kita memilih untuk mengabaikan risiko-risiko tersebut. Sesuatu kesilapan yang berlaku jika membawa kereta boleh dimaafkan, tetapi kesilapan kecil di atas motosikal akan menjaminkan kecederaan.

Jadi inilah kesilapan yang tidak sepatutnya kita lakukan.

1. Menunggang jenis motosikal yang tidak sesuai

Membeli Kawasaki H2 atau apa-apa motosikal dengan 200hp serta-merta selepas mendapat lesen anda adalah resipi untuk bencana. Sentiasa mulakan dengan motosikal yang boleh diurus seperti 250cc atau tidak lebih daripada 500cc dan ‘upgrade’ secara beransur-ansur.

Walaupun begitu, cubalah cari cara untuk meningkatkan kemahiran tunggangan anda (dengan membaca lebih banyak artikel).

2. Menunggang melepasi tahap kemahiran

Ini adalah kesilapan yang boleh dilakukan oleh mana-mana penunggang, tidak kira yang baharu atau berpengalaman. Penunggang baru biasanya agak berhati-hati kerana mereka masih membiasakan diri untuk menunggang. Walaubagaimanapun, selepas enam bulan hingga setahun, anda mungkin berfikir untuk menunggang dengan lebih laju.

Jika anda mendapati diri anda sering melampaui kelajuan ketika memasukki selekoh atau panik apabila menghadapi sesuatu situasi yang mencabar, ini bermakna anda perlu meningkatkan kemahiran menunggang anda.

3. Menunggang seperti di atas litar

Ini boleh berlaku khususnya di jalan kegemaran anda, kerana anda fikir ia selamat untuk memulas pendikit dengan lebih banyak lagi setiap kali. Anda tidak sepatutnya mencari had anda dan motosikal anda di mana-mana di luar trek perlumbaan.

Ini kerana litar tidak mempunyai sebarang trafik dan situasi bahaya seperti di atas jalan. Jika anda ingin menunggang seperti anda berada di trek, pergilah ke ‘trackday.’

4. Tidak memikirkan akibat tindakan anda

Terlalu ramai penunggang kelihatan mementingkan diri sendiri dan melakukan perkara seperti melanggar lampu merah dan menunggang melawan lalu lintas. Kami belum mula menyebut mengenai menunggang secara sembarangan atau tanpa mengambil kira keselamatan diri dan orang lain.

Penunggang yang baik akan memikirkan apa yang akan berlaku jika dia melakukan ini atau itu. Ia mungkin terdengar tidak menyeronokkan tetapi sekali lagi, apa gunanya jika anda tercedera?

Dan berhenti mendengar ego anda bahawa anda sudah menjadi penunggang yang baik, atau lebih teruk, lebih baik daripada yang lain.

5. Terlalu memercayai pengguna jalan yang lain

Mari kita mulakan dengan mengatakan bahawa tidak ada pemandu yang waras yang bangun pada waktu pagi dan memutuskan untuk membahayakan penunggang motosikal dengan sengaja. Setiap pengguna jalan raya adalah manusia lain, sama seperti anda dan saya. Kita melakukan kesilapan, mereka melakukan kesilapan, jadi jangan ambil hati mengenai kesilapan mereka.

Dan oleh kerana semua orang melakukan kesilapan, jangan ambil mudah keselamatan anda sendiri.

Jangan sekali-kali berfikir bahawa kereta di hadapan tidak akan memangkah jalan anda, atau lori itu tidak akan keluar dari persimpangan. Jadi, sentiasa menunggang dengan perasaan bahawa orang lain boleh melalukan kesilapan, walaupun tiada orang yang waras mahukan sebarang masalah.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube