Bikesrepublic

5 Faedah Gunakan Peranti Komunikasi ketika Menunggang

Kemunculan peranti komunikasi untuk penunggang motosikal berikutan kemajuan dalam teknologi telefon pintar telah menambahkan banyak keseronokan ketika kita menunggang.

Ia juga telah mendorong pengeluar motosikal untuk mencipta ciri baharu pada motosikal mereka. Ciri komunikasi atau media motosikal tertentu boleh disambungkan ke telefon pintar untuk memainkan muzik, membuat panggilan keluar dan menerima panggilan telefon masuk, malah menyediakan navigasi skrin motosikal (skrin LCD atau TFT) dan melalui peranti komunikasi Bluetooth.

Beberapa pengeluar topi keledar juga telah mencipta topi keledar yang sesuai dengan peranti tersebut.

Jadi kini, peranti komunikasi ini bukan lagi barang mewah, sebaliknya menjadi suatu keperluan kepada penunggang motosikal. Sejujurnya saya mengatakan bahawa saya menentang penggunaan peranti itu apabila ia mula-mula muncul di pasaran. Sekarang, saya tidak pernah menunggang ke mana-mana tanpanya.

Berikut ialah beberapa faedah menggunakan peranti.

1. Komunikasi antara penunggang dan pembonceng

Tolong izinkan saya menceritakan suatu pengalaman.

Saya dan isteri saya berjelajah ke Pulau Pinang. Ketika kami sampai di Sungai Perak, dia memanggil saya dengan menunjuk ke hadapan. Saya ingatkan dia menunjuk ke arah sungai, jadi saya berpaling dan berkata, “Ya, sungai yang cantik.” Kemudian dia berkata sesuatu yang tidak kedengaran di dalam topi keledar. Selepas jambatan tiu, dia mula mengetuk saya dengan kuat supaya saya pergi ke tepi jalan. Ketika itulah dia menjerit, “SAYA NAK PERGI KE BILIK AIR LAH!”

Suasana menjadi muram sejak itu. Saya dipersalahkan kerana tidak memberi perhatian, dia meluahkan kenapa dia ditakdirkan dengan suami yang rosak pendengaran, yada, yada, yada.

Tetapi semuanya berubah sejak kami memasang peranti komunikasi Bluetooth dalam topi keledar kami. Tiada lagi salah dengan, tiada lagi jeritan melawan deruan angin, tiada lagi pergaduhan.

Inilah sebabnya semakin banyak sekolah menunggang advanced yang menggunakan peranti sedemikian kerana ia menyediakan komunikasi yang jelas antara pengajar dan pelajar.

2. Keselamatan

Samada anda menggunakan Waze, Peta Google, Petal atau mana-mana aplikasi navigasi lain, ia kadangkala memberi amaran melalui suara kepada anda tentang bahaya di hadapan. Anda boleh mendengar amaran ini semasa anda memandu, tetapi anda tidak boleh berbuat demikian apabila anda menunggang motosikal – melainkan anda menyambungkan telefon atau TFT anda kepada penyampai Bluetooth.

Pesanan suara ini juga menyediakan anda kepada jarak anda ke sesuatu simpang atau destinasi seterusnya. Oleh itu, anda tidak perlu memandang telefon atau skrin motosikal sepanjang masa.

Selain itu, dengan peranti komunikasi yang mempunyai ciri arahan suara pengguna, anda boleh memberikan arahan Siri atau Google Assistant di telefon anda, atau melalui ciri arahan suara terbina dalamnya bagi menukar lagu, membuat panggilan telefon, dan sebagainya, tanpa mengalihkan tangan anda daripada hendal atau pandangan anda daripada jalan di depan.

3. Membolehkan anda kekal berjaga

Menunggang kilometer demi kilometer di atas lebuhraya di bawah bahang matahari akan membuatkan kita hilang fokus dan mengantuk, walaupun di lebuh raya di tengah bandar. Jadi, mainkanlah beberapa lagu kegemaran anda atau mendengar stesen radio memecahkan kebosanan melalui peranti komunikasi anda.

Walau bagaimanapun, kami menasihati anda untuk menukar mod mental anda mengikut tempat anda menunggang dan keadaan trafik, apabila anda menghidupkan komunikator. Sebagai contoh, anda boleh menyanyi bersama lagu di lebuhraya terbuka, tetapi letaklah muzik di latarbelakang dan fokus pada tunggangan anda apabila anda berada di kawasan berpenduduk atau di dalam keadaan sukar seperti bandar, kampung, hujan, dsb.

4. Kelancaran dan keselamatan dalam konvoi motosikal

Ia amat membantu jika setiap peserta atau sekurang-kurangnya di kalangan individu penting seperti marsyal dalam konvoi untuk mempunyai komunikator. Isyarat tangan kadang-kadang tak cukup, atau ada individu di kelompok tengah yang malas nak sampaikan isyarat tangan daripada ketua konvoi.

Ia juga amat berguna dalam situasi peserta terpisah. Contohnya kalau tidak menggunakan peranti komunikasi, kumpulan-kumpulan yang terpisah akan mendapati ia sukar untuk menghubungi satu sama lain kerana satu lagi kumpulan sedang menunggang motosikal dan tidak dapat menjawab panggilan. Ini akan membawa kepada situasi bermasam muka.

5. Tidak terlepas panggilan penting

Walaupun ini bukan sebab utama saya memansang peranti komunikasi pada mulanya saya menghargai hakikat bahawa saya boleh menerima panggilan penting semasa saya menunggang. Ini amat penting tidak kira anda sebagai bos sesuatu perniagaan atau rider penghantaran.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube