Bikesrepublic

5 Mentaliti Mat Moto Yang Perlu Diubah Di Malaysia

Pejam celik, kita sudah pun memasuki pertengahan tahun 2020 dan walaupun Malaysia masih ketandusan kereta terbang seperti yang dibayangkan lebih 20 tahun dulu namun kemajuan teknologi automotif terus diketengahkan.

Dunia motosikal turut bergerak selaras dengan perubahan teknologi dengan ada pengeluar mengalih fokus menghasilkan jentera dengan enjin elektrik sepenuhnya seperti Harley Davidson Livewire dan akan datang, Kymco RevoNEX.

Apatah lagi, setiap motosikal kini hampir pasti dilengkapi sistem keselamatan terkini dengan teknologi seperti Anti-lock Braking System (ABS) – yang pada awalnya hanya didapati pada jentera ‘bangsawan’ – kini merupakan tawaran standard hampir semua segmen motosikal termasuk kapcai.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi semasa tidak bermakna akan didukung oleh mentaliti yang setaraf dengan ada di antara kita masih berada ditakuk lama.

Mentaliti ini bukan sahaja membawa impak negatif kepada komuniti motosikal di Malaysia malah turut menyuntik pengaruh buruk kepada mereka yang mahu mula berjinak dengan jentera dua roda.

Sini kami kongsikan lima mentaliti mat motor yang perlu diubah di Malaysia.

1. Langgar Lampu Merah

https://www.facebook.com/motomalaya/videos/1186668608341807/

Baru-baru ini seorang lelaki dirakam melanggar lampu merah dan akibatnya dia menyebabkan dua penunggang dari arah lain terlibat kemalangan.

Jika terlibat kemalangan berseorangan tak mengapa – sebab sendiri cari masalah – tetapi jika melibatkan nyawa orang lain? Pesan kami, apa salahnya tunggu seminit dua, destinasi dituju tak lari mana pun.

2. Menyelinap Keluar Masuk Trafik Sesuka Hati

https://www.facebook.com/caretadotmy/videos/503373066841701/?v=503373066841701&external_log_id=37c20e91-e59e-4215-9498-32d68e66897c&q=motosikal%20tunggang%20berbahaya

Sebagai penunggang motosikal, antara kelebihan utama adalah boleh mengelak daripada tersangkut semasa trafik sesak dengan menyelinap di antara kereta.

Namun, ada yang gemar keluar masuk di antara kereta sehingga tidak mempedulikan kedatangan motosikal lain hingga berlakunya perlanggaran.

Penulis sendiri dah beberapa kali dilanggar mat motor yang keluar di antara kenderaan lain tanpa melihat terlebih dahulu.

3. Pakai Jaket Terbalik (Tanpa butang, zip dengan baik)

https://www.facebook.com/watch/?v=951486451887159&external_log_id=75c929fc-86cb-482d-afd2-f1c9d709145c&q=jaket%20terbalik

Konsep pemakaian jaket terbalik ini sudah pun berjalan berpuluh tahun lamanya.

Budaya ini kekal ‘relevan’ sehingga kini susulan cara tersebut mudah dan cepat dalam usaha memastikan tangan dan badan tidak terkena sinaran UV sehingga boleh menyebabkan kulit yang cerah berseri bertukar sawo matang.

Bagaimanapun, cara ini boleh membawa padah dengan berlakunya beberapa kes di mana bahagian jaket yang tidak di zip dengan baik tersangkut di tayar belakang lalu berlakunya kemalangan. Nasihat kami, pakai jaket sebaiknya atau sarungkan ‘arm sleeve’ bagi melindungi kulit.

4. Enggan Guna Laluan Motosikal

https://www.facebook.com/motomalaya/videos/2320288144918611/

Topik ini sering mencetuskan perdebatan dengan setiap penunggang motosikal menyuarakan pendapat berbeza.

Calon A berpendapat laluan motosikal sedia ada membahayakan sementara Calon B berpendapat sebaliknya.

Tapi jika membincangkan soal keselamatan, sebagai penunggang motosikal jika berlakunya kemalangan di lebuh raya yang menawarkan laluan khas, kita akan sentiasa dilabel sebagai pihak yang salah.

Sebaiknya gunakan kemudahan sedia ada namun tunggang dengan berhemat dan tidak melebihi 70km/j.

Bagaimanapun, tak dinafikan sesetengah laluan tidak sesuai digunakan antaranya di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dengan adanya bahagian yang sempit dan membahayakan yang harus diberikan tumpuan pihak berwajib.

5. Harga Nak EX-5 Tapi Kualiti Serupa CBR

Ini merupakan antara dilema dihadapi penjual motosikal, alat ganti dan aksesori.

Rata-rata pemilik motosikal mengejar kualiti yang terbaik namun terdapat segelintir yang mengharapkan kualiti itu didatangkan dengan harga yang rendah.

Hakikatnya, motosikal, alat ganti atau aksesori yang berkualiti akan didatangkan dengan harga yang setaraf, meskipun perlu berbelanja lebih namun ketahanan ditawarkan bahan berkualiti memberi jaminan yang lebih baik.

Meskipun terdapat pelbagai perangai penunggang motosikal di luar sana namun ini tidak bermakna hanya kumpulan ini harus mengubah mentaliti, malah pemandu kereta juga tidak terlepas daripada memiliki mentaliti negatif sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.

Ikuti 5 Mentaliti Yang Perlu Diubah Pemandu Kereta Di Malaysia dalam perkongsian seterusnya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube