Kami penunggang motosikal juga tidak terlepas daripada detik-detik yang membuatkan kita berkata “alamak!” kerana kami hanyalah manusia.
Perkataan “alamak” ialah perkataan yang akan kita sebutkan apabila berlaku sesuatu yang tidak kena. Betul, terdapat kata-kata carutan lain tetapi ia tidak boleh dicetak di sini.
1. Rutin yang terganggu
Penunggang mempunyai “prosedur” untuk menunggang motosikal. Tetapi kita kadang-kadang menjadi serba salah apabila terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan atau seorang gadis cantik lalu di depan kita. Ataupun semakin tua dan nyanyuk seperti saya.
Ia seperti ini:
- Masukkan kunci ke dalam suis penyalaan.
- Pakaikan sarung tangan.
- Kejap… mana helmet?
- Alamak! Tertinggal pula di dalam rumah.
- Tanggalkan sarung tangan.
- Seluk poket untuk kunci rumah.
- Masuk ke dalam rumah dan ambil topi keledar.
- Pakai topi keledar.
- Alamak! Lupa nak masukkan penyumbat telinga.
- Tidak mengapa, saya sudah lewat! Jalan sajalah!
- Sedar-sedar rasa… berangin di tangan.
- Alamak! Lupa pakai sarung tangan. Eh? Mana pula sarung tangan tadi???
- Mencarut sehingga ke destinasi.
2. Nak pakai atau tak nak pakai baju hujan
Anda semak aplikasi cuaca dan ia berkata cerah sepanjang hari. Tetapi anda masukkan juga baju hujan ke dalam ruang di bawah tempat duduk. Manalah tahu dengan perangai cuaca kita.
Dah bersarapan, kita pun bersiap untuk kembali menunggang motosikal. Tetapi cahaya matahari tiba-tiba hilang seolah-olah kita berada di bawah gerhana. Kita mula mendengar bunyi hujan di atas bumbung restoran mamak. Jadi, kita bergegas keluar ke motosikal, tanggalkan pelana, dan tarik keluar baju hujan. Namun ketika memaksai baju hujan dan pakai topi keledar… awan berpisah dan sinar matahari kembali menyinari sekeliling.
Ah, tidak mengapa, kita pakai sahaja baju hujan itu dan bertolak di atas motosikal.
Tetapi, matahari pula mula menjadi semakin panas, dan kita berpeluh seperti orang Eskimo di kawasan tropika, berbalut pakaian yang kelihatan seperti seorang penerjun payung terjun yang tersasar dan mendarat di atas sebuah motosikal.
Jadi, sudah panas sangat, kita pun berhentilah untuk menganggalkan baju hujan. Ah, leganya!
Tetapi, baru sahaja jalan dua kilometer, hujan turun balik… Alamak!
3. Peranti yang mengecas/tidak mengecas
Penggera berbunyi dan kita bangun dengan cepat sebab teruja hendak mengikuti konvoi ke destinasi yang kita impikan. Kita mencapai telefon kita yang telah dicas sepanjang malam. 12%. Apa nih… Alamak! Rupanya suis tidak dihidupkan.
Tetapi kita tetap bersiap juga kerana tidak mahu terlambat. Sebelum memulakan perjalanan, kita pasangkan telefon kepada pengecas di atas motosikal, dan disambut dengan nada pengecasan daripada telefon kita.
Kita sampai ke destinasi dan keluarkan telefon untuk bergambar bersama rakan-rakan anda. Tinggal 5% pula!
Alamak!
4. Penyumbat telinga yang ingin “berjalan”
Saya tidak pasti tentang anda, tetapi saya enggan menunggang motosikal tanpa menggunakan penyumbat telinga. Saya pernah enggan mempercayainya sehingga saya mencubanya dan betapa besar perbezaannya.
Tetapi… penyumbat telinga perlu dimasukkan dengan betul jika tidak ia akan akan keluar sendiri daripada lubang telinga. Dan ia biasanya hanya berlaku pada satu telinga, terutamanya ketika kita menunggang pada kelajuan tinggi. Membetulkannya memerlukan kita menanggalkan topi keledar serta sarung tangan. Hendak berhenti ketika menunggang di dalam konvoi memanglah susah.
Alamak!
5. Tidak mengikat topi keledar
Kita sedang menikmati perjalanan apabila anda tiba-tiba mendengar sesuatu menampar bahagian tepi topi keledar. Alamak, lupa nak mengikat tali dagu tadi. Satu-satunya cara untuk membetulkannya adalah dengan menghentikan motosikal, dan menanggalkan sarung tangan. Kenalah berhentikan motosikal lagi.