Bikesrepublic

6 Perkara Tentang Kawasaki (MODENAS) ZX-25R Anda Wajib Tahu!

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan menyampaikan berita gembira buat peminat motosikal di Malaysia apabila mengesahkan bahawa model ditunggu-tunggu, Kawasaki ZX-25R disahkan akan masuk pasaran negara tahun depan.

Meskipun belum ditentukan sama ada model unik tersebut akan dipasarkan sebagai CKD mahupun CBU namun sedikit sebanyak berita pengesahan kemasukan model itu sudah cukup menceriakan orang ramai.

Sementara menanti jentera 250cc tersebut, ini lima perkara yang orang ramai perlu tahu tentang Kawasaki (MODENAS) ZX-25R:

1. RPM tinggi

Sekadar makluman, jentera F1 boleh ‘rev’ sehingga 15,000rpm manakala jentera MotoGP mampu capai 18,000rpm.

Percaya atau tidak, Kawasaki ZX-25R mampu mencapai sehingga 17,000rpm! Ini sekaligus menjadikan ZX-25R sebuah jentera yang unik dan menawarkan tahap kejuruteraan tinggi yang sukar diikuti pengeluar lain buat masa ini.

2. Enjin berkuasa

Ketika kebanyakan motosikal lain hanya boleh capai lebih 10,000rpm dengan memulas ‘throttle’ sehabis mungkin, ZX-25R mudah mencapai RPM setinggi itu ketika dalam perjalanan ke kedai sahaja.

Enjin empat silinder 249.8cc 16-valve dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan itu mampu menghasilkan 51hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm @ 14,500rpm. Angka tersebut menjadikan ZX-25R jentera 250cc paling berkuasa dalam kelasnya.

3. Sesuai untuk kegunaan di litar lumba atau layan ‘corner’ di hujung minggu

Sebahagian besar penunggang motosikal di Malaysia hanya memiliki kelas B2 (250cc ke bawah) sekaligus pilihan yang ada cuma kapcai, skuter dan jentera 250cc satu atau dua silinder.

Kemampuan ZX-25R mencapai 50hp dan lebih 17,000rpm menjadikan model ini cukup berkuasa untuk beraksi di litar lumba dan melayan ‘corner’ di lokasi popular di hujung minggu.

4. Sistem suspensi premium dan chasis diinspirasi dari ZX-10R

Kawasaki ZX-25R mengguna pakai kerang jenis trellis yang merupakan replika ZX-10R. Kerangka ini cukup kukuh dan mempunyai tahap fleksibel tinggi untuk membantu ‘rider’ menikmati pengalaman menunggang yang agresif.

Seterusnya, ZX-25R dilengkapi dengan fork depan Showa Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP) 37mm yang menawarkan pelarasan ‘damping’ dan ‘rebound’ berasingan.

Model ini juga datang dengan penyerap hentakan belakang boleh laras.

5. Traction Control dan Quick Shifter

Kawasaki ZX-25R didatangkan dengan pelbagai ciri elektronik moden antaranya KQS (quick shifter), KTRC (traction control, Power Mode, klac ‘assist & slipper’ dan ‘electronic throttle valves’.

6. Bunyi yang syahdu

Tiada perkataan mampu menggambarkan jeritan enjin Kawasaki ZX-25R selain anda nilai sendiri menerusi perkongsian video Kawasaki Indonesia dibawah:

Demikian antara perkara penting yang wajib diketahui tentang Kawasaki (MODENAS) ZX-25R yang disahkan akan dilancarkan di Malaysia tahun depan (2023).

Ketika ini pihak MODENAS dan Kawasaki masih dalam perbincangan sama ada untuk memperkenalkan ZX-25R sebagai model CKD atau CBU.

Sekiranya CKD dan dipasarkan sebagai jenama MODENAS, pastinya ZX-25R ini akan mencapai permintaan yang tinggi disini. Nantikan info lanjut mengenai perkembangan MODENAS dan Kawasaki di MotoMalaya.net!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube