Menunggang pada waktu malam boleh menjadi sangat menyeronokkan.
Beberapa rakan, termasuk saya sendiri, lebih suka menunggang motosikal pada waktu malam atas beberapa sebab. Antaranya, kurang trafik, udara lebih nyaman, dan tiada siapa yang menghubungi anda tentang kerja.
Malangnya, kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku pada waktu malam. Tetapi ada cara untuk mengurangkan risiko ini. Berikut ialah beberapa petua yang boleh menjadikan perjalanan pada waktu malam anda lebih selamat dan menyeronokkan.
#1. Pastikan kita dapat dilihat
Lupakanlah tentang iklan motosikal yang memaparkan penunggang berpakaian serba hitam menunggang motosikal hitam pada waktu malam.
Motosikal mempunyai keratan rentas yang lebih kecil oleh itu lampu hadapannya lebih rapat. Itu akan membuatkan seorang pemandu kereta yang tidak pernah menunggang motosikal mungkin salah menilai kelajuan motosikal. Oleh itu, adalah penting untuk memakai gear yang meningkatkan kehadiran kita, daripada topi keledar berwarna terang, kepada jaket keselamatan kuning pendarfluor dengan panel pemantul besar, dan beberapa keping pelekat reflektif yang diletakkan dengan baik pada motosikal dan di sekeliling rim.
Percayalah kepada kami apabila kami mengatakan bahawa pengguna jalan raya lain akan lebih berhati-hati apabila mereka melihat figura manusia di atas motosikal, dan bukannya hanya lampu belakang yang membuatkan mereka abaikan sebagai “hanya sebuah mesin tanpa jiwa.”
#2. Pastikan kita dapat melihat
Pastikan anda menggantikan mentol lampu setiap beberapa tahun (kecuali jika ia adalah LED). Ini kerana mentol lampu halogen yang terbaik pun akan merosot setelah beberapa lama digunakan.
Terdapat penunggang yang mengatakan tiada isu untuk menggantikan mentol halogen dengan mentol LED, tetapi ada juga yang mendapati mentol LED merosakkan lampu depan dan/atau sistem elektrikal motosikal. Oleh itu, lakukan pendekatan ini dengan berhati-hati.
Kami faham bahawa sesetengah lampu motosikal lebih malap daripada lampu suluh. Walau bagaimanapun, memasang lampu tambahan atau lebih dikenali sebagai spotlight menyalahi undang-undang di Malaysia, tetapi gunakannya secara bertanggungjawab jika anda tetap memasangnya. Pastikan spotlight dihalakan ke jalan dan bukan ke atas dan menyilau mata pengguna jalan raya yang lain.
#3. Jangan pandang lampu kenderaan yang bertentangan
Lampu depan pada kereta dan juga beberapa motosikal sekarang terlampau menyilau, yang juga mungkin disebabkan oleh penalaan yang salah. Menatap cahaya terang akan merendahkan penglihatan malam anda, dan mata anda memerlukan masa untuk menyesuaikan semula. Ini amat berbahaya khususnya jika anda menunggang di sekitar jalan berlekuk.
Elakkan mata anda daripada lampu hadapan dan tumpukan perhatian pada laluan anda di hadapan. Biarkan kenderaan melepasi anda jika lampu depannya meletup ke cermin pandang belakang anda, atau pusingkan cermin ke sudut yang berbeza untuk seketika.
#4. Perlahankan motor
Petua ini mungkin lebih bawah di dalam senarai ini tetapi ia tidak kurang pentingnya. Menunggang motosikal pada waktu malam seperti yang anda lakukan pada waktu siang hanya meningkatkan risiko kerana ia adalah lebih sukar untuk mengesan situasi yang merbahaya. Pada masa yang sama, tingkatkan deria anda yang lain seperti bau untuk mengesan bau air sampah atau tumpahan bahan api.
#5. Sentiasa peka kepada persekitaran anda
Pastikan anda sentiasa peka kepada persekitaran anda. Manalah tahu ada kenderaan lain menghampiri anda pada kelajuan tinggi tanpa lampu. Jangan hanya bergantung pada cermin – pandang ke belakang melepasi bahu anda dari semasa ke semasa.
#6. Kekalkan keselesaan anda
Pastikan jaket anda mencukupi untuk mengelakkan kesejukan, terutamanya apabila anda menunggang selepas hujan, di jalan desa atau mendaki gunung. Menggigil dalam kesejukan menghilangkan tumpuan anda dan anda memerlukan konsentrasi 100% setiap kali anda menunggang, apa lagi pada waktu malam.