Bikesrepublic

850 Saman Dikeluarkan Dalam 3 Jam Di Dua Lokasi

Penunggang motosikal yang menunggang melawan aliran trafik di Guthrie – Sumber imej: Kosmo! Online
  • Sejumlah 850 saman trafik telah dikeluarkan oleh Polis dan JPJ ke atas penunggang motosikal di dua buah lokasi berbeza semalam.
  • Kesalahan ini termasuklah tidak menggunakan laluan motosikal, menunggang tanpa lesen, cukai jalan yang tamat tempoh, dan bermacam-macam lagi.
  • Jumlah saman yang dikeluarkan begitu banyak sekali.

Lebuhraya Koridor Guthrie

Polis Trafik telah mengeluarkan 232 saman dalam masa 3 jam ke atas para penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal di kilometer 2.5 Lebuhraya Koridor Guthrie. Berita ini telah dilaporkan oleh Kosmo! Online semalam.

Operasi polis ini adalah sebahagian daripada Ops Selamat bersempena dengan kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina, yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Di mana jumlah pesalah yang tidak menggunakan laluan motosikal adalah sebanyak 232 saman, secara keseluruhan 375 saman telah dikeluarkan termasuk untuk kesalahan yang lain.

Sewaktu operasi ini dijalankan, terdapat antara pesalah ini yang bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya ini dengan menunggang melawan aliran trafik. Polis bertindak mengejar mereka dengan motosikal.

Seorang penunggang motosikal yang menunggang sejauh 100 meter melawan trafik telah dikejar dan didapati menunggang tanpa lesen yang sah.

Plaza Tol Jalan Duta

Dalam satu operasi JPJ yang berlainan di Plaza Tol Jalan Duta, sejumlah 475 saman telah dikeluarkan di mana 15 buah motosikal telah diimpaun dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Kesalahan-kesalahannya termasuklah tidak memiliki lesen yang sah, tidak mengenakan helmet, menggunakan plet nombor yang tidak memenuhi peraturan, dan cukai jalan yang sudah tamat tempoh.

Sekatan jalan JPJ di Plaza Tol Jalan Duta – Sumber imej: Kosmo! Online

850 saman dalam tempoh 3 jam di dua buah lokasi adalah satu jumlah yang begitu banyak sekali. Ianya satu jumlah yang membimbangkan. Ini memburukkan lagi nama penunggang motosikal di mata para pemilik kenderaan yang lain. Kita tidak boleh bersikap kritikal pada pengguna jalan raya yang lain dan pada masa yang sama turut melakukan kesalahan seperti ini.

Benar, kami juga tidak gemar menggunakan laluan motosikal memandangkan ianya direka dan diselenggara secara ala kadar, namun, kami masih tetap menggunakannya di mana ianya ada. Ianya bagi mematuhi undang-undang dan kerana ianya lebih selamat berbanding berkongsi ruang dengan kenderaan yang lebih besar.

Menunggang tanpa lesen yang sah atau cukai jalan yang tamat tempohnya adalah kesalahan kerana ini bermakna seseorang itu tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Jika tidak berlaku sebarang kemalangan sekali pun, undang-undang tetap perlu diperatuhi. Sudah pasti jalan raya kita menjadi kacau-bilau jika tiada siapa mematuhi undang-undang jalan raya!

Sumber: Kosmo! Online. Sila tekan pautan berikut untuk gambar asal: http://www.kosmo.com.my/negara/jpj-keluar-475-saman-dalam-operasi-motosikal-tahun-baru-cina-1.838686, dan http://www.kosmo.com.my/negara/232-saman-tidak-gunakan-laluan-motosikal-dalam-tempoh-tiga-jam-1.838749

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan