Bikesrepublic

ABS Diwajibkan untuk Motosikal 150cc ke Atas Mulai 2025

Sistem brek anti kunci (ABS) diwajibkan untuk motosikal 150cc ke atas bermula 1 Januari 2025.

Begitulah yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 semalam.

Menurutnya lagi, kerajaan mengambil inisiatif ini memandangkan bahawa majoriti kemalangan jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Mari kita bermula dengan menjadikan penunggang motosikal lebih selamat kerana 65 peratus daripada jumlah kematian jalan raya tahun lalu, membabitkan penunggang motosikal.

“Jadi bermula 1 Januari 2025, semua motosikal baharu dengan enjin kapasiti 150cc ke atas wajib dipasang ABS,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan memutuskan perkara itu kerana berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.

“Malaysia antara negara di Asia Tenggara yang berdepan isu ini. Walaupun kadar kematian per 100,000 orang menurun daripada 27 peratus pada 2000 kepada 22.5 peratus pada 2019, ia tetap antara yang tertinggi di dunia.

“Jadi saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia,” katanya.

Beliau juga berharap insiatif terbabit dapat menjadi inspirasi kepada negara ASEAN lain untuk melaksanakan langkah sama sekali gus menjadikan motosikal sebagai kenderaan yang selamat digunakan.

Selain itu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP) dilaksanakan di seluruh negara ASEAN atau Asia.

Katanya, MyMAP yang memberi penarafan kepada motosikal berdasarkan piawaian kenderaan itu mampu memberi kelebihan kepada pengguna untuk membuat penilaian sebelum membeli kenderaan berkenaan.

“Setakat ini, MyMAP sudah menilai 28 jenis model motosikal dihasilkan tujuh syarikat pengeluar dan kenderaan ini diberikan rating ‘bintang’,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan