Bikesrepublic

Angka Kematian Akibat Lumba Haram Meningkat Mendadak, Ibu Bapa boleh Didakwa

Statistik polis menunjukkan bahawa angka kematian akibat lumba haram meningkat dengan mendadak di daerah Sungai Buloh dalam tempon Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, “Setakat ini, sebanyak 11 penunggang motosikal dilaporkan maut akibat aktiviti berlumba dengan tujuh kertas siasatan dibuka berbanding tempoh sama tahun lalu dengan tiga penunggang motosikal maut dan tiga kertas siasatan dibuka.

Peningkatan ini amatlah membimbangkan. Justeru itu, ibu bapa atau penjaga haruslah peka dan cakna dalam mengawal kegiatan anak-anak masing-masing.

Khususnya anak-anak dibawah umur, terutama pada waktu malam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lumba haram yang boleh mengancam dan meragut nyawa mereka serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Tegas beliau, penunggang motosikal di bawah umur dan penjaga boleh dituduh mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu bawah umur dan membenarkan orang lain yang tidak memiliki lesen memandu.

Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata dalam isu lumba haram ini, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Beliau berkata demikian berhubung sebuah kes di mana dua orang budak berusia 13 tahun maut akibat bertembung ketika mereka membuat aksi “wheelie.” Kejadian berlaku di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong, Shah Alam, malam tadi.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan