Bikesrepublic

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Bertukar Dari Motosikal Kapcai Ke Motosikal Lumba / Naked

  • Kebanyakan penunggang baru hari ini dengan mudahnya dapat bertukar dari motosikal kapcai ke motosikal lumba atau naked.
  • Dalam jangkauan di antara 200cc hingga 500cc, motosikal tahap permulaan ini semakin meningkat permintaannya dan para pengeluar telah menyedari akan hal ini.
  • Motosikal lumba dan naked seperti KTM RC390 dan 390 Duke telah menjadi tunggangan pilihan utama, malah bagi penunggang veteran sekali pun.

Pada saat dan ketika ini, teknologi dan kemajuan dalam dunia permotosikalan telah membolehkan lebih banyak motosikal berkapasiti tinggi lebih tersedia buat sesiapa sekali pun. Dari motosikal kapcai Jepun yang berkapasiti kecil, sehinggalah motosikal superbike Eropah, seseorang penunggang itu pasti akan dapat menemui sebuah motosikal yang sesuai untuk setiap keadaan.

Dengan permintaan bagi motosikal berkapasiti lebih rendah yang lebih canggih dari segenap pasaran di seluruh dunia, lebih banyak pengeluar telah menyahut cabaran tersebut dengan menginovasikan jentera berkapasiti lebih kecil yang berfungsi sebaik (jika tidak lebih elok berbanding) pilihan motosikal yang lebih besar serta berkuasa.

Semenjak kebelakangan ini, kita telah menyaksikan anjakan dalam trend pembelian di mana mereka yang baru sahaja memperolehi lesen motosikal mereka telah berpindah dari motosikal asas di bawah 150cc ke motosikal lumba atau naked tahap permulaan dalam jangkauan 200cc hingga 500cc. Terdapat pelbagai contoh di seluruh dunia yang terdiri dari Modenas, BMW Motorrad, Honda, Yamaha, Benelli, KTM, dan bermacam-macam lagi pengeluar yang lain.

Dengan erti kata lain, generasi lebih muda kini bukan sahaja inginkan jentera yang boleh diharap untuk membawa mereka dari titik A ke titik B, tetapi lebih kepada betapa seronoknya perjalanan itu menuju destinasinya. Hampir ke semua pengeluar motosikal melihat permintaan yang pesat ini dan mereka telah bertindak bagi memenuhi permintaan tersebut dengan pilihan motosikal tahap permulaan yang terbaik.

Sumber imej: www.1reason.com

Apabila bercerita mengenai sebarang bentuk pengangkutan, dua elemen paling utama yang perlu dipertimbangkan adalah tujuan serta kegunaan keseluruhannya dan juga bajet. Bajet pada ketika ini bukanlah satu isu yang berat memandangkan perkhidmatan kewangan seperti AEON Credit yang dapat mencadangkan skema bayaran yang bersesuaian untuk sebarang bentuk pelan kewangan.

Jadi apa yang tinggal hanya tujuan dan kegunaan utama motosikal. Kebanyakan penunggang tercari-cari sesuatu yang dapat memberikan keterujaan yang hebat dalam pengalaman menunggang mereka supaya perjalanan harian mereka tidaklah begitu membosankan. Tunggangan harian ke dan dari tempat kerja, sekolah, kolej, atau universiti adalah senario kebiasaan dan pasaran ini cukup panas permintaannya di setiap pelusuk dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat begitu banyak pilihan motosikal yang boleh dipilih oleh pemilik motosikal kali pertama tetapi varian utamanya terbahagi kepada dua; motosikal lumba atau pun motosikal naked. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut, kami akan menggunakan motosikal KTM 390 Duke 2017 dan KTM RC390 sebagai contoh kerana kedua-dua motosikal ini adalah model paling popular pada masa ini dalam kategori motosikal lumba dan naked tahap permulaan.

Motosikal seperti KTM 390 Duke 2017 adalah bukti sejauh mana para pengeluar telah melabur dalam mencipta sebuah jentera tahap permulaan yang sempurna, lengkap dengan spesifikasi tercanggih. Bermula dengan enjin sejukan cecair, satu silinder, 373cc yang revolusinarinya itu, yang cukup berkuasa dan diyakini, hinggalah ke rekabentuk yang moden dan futuristik, ianya tidak syak lagi bahawa ianya adalah salah sebuah motosikal naked tahap permulaan terbaik yang ada di pasaran pada waktu ini. Jarang sekali dapat kita jumpa sebuah motosikal di bawah 500cc yang mempunyai skrin TFT.

Motosikal naked secara amnya dianggap sebagai jentera yang mampu bergerak dan dipandu arah dengan mudah dalam trafik dan bandar raya yang sesak. Tempat-tempat seperti Kuala Lumpur dan Damansara yang mana ianya senantiasa sesak dengan trafik adalah habitat yang sesuai sekali untuk menunggang motosikal naked seperti 390 Duke tanpa bimbang akan tekanan darah anda meningkat ke paras berbahaya.

Perjalanan dengan jarak yang agak pendek yang tidak melibatkan banyak lebuh raya cukup sempurna bagi sebuah motosikal naked tetapi sekiranya anda merancang untuk meliputi jarak yang lebih jauh seperti dari Nilai ke Kuala Lumpur (dan kembali), anda boleh pilih sebuah motosikal yang mempunyai prestasi aerodinamik yang lebih baik. Di sinilah gunanya sebuah motosikal lumba.

Selain daripada berkebolehan membelah angin dengan lebih berkesan tanpa menggunakan terlalu banyak bahanapi atau memberi tekanan tambahan pada enjinnya. motosikal lumba yang ber-reraup penuh seperti KTM RC390 2017 adalah pilihan yang baik sebagai motosikal pertama.

Oleh kerana pengendaliannya yang lincah dan ringan itu, ianya juga sesuai untuk keseronokan hujung minggu menyusuri jalan-jalan berbukit ,atau lebih elok lagi, untuk hari litar hujung minggu di sebarang litar yang ada seperti Litar Antarabangsa Sepang.

Walaupun motosikal lumba secara teknikalnya direka lebih sesuai untuk litar dan perlumbaan seperti KTM RC Cup, ianya tidak bermakna yang motosikal ini lebih seronok berbanding dengan saudara nakednya itu. Malah, kami berasa sungguh seronok sekali sewaktu KTM Malaysia memberikan kami peluang untuk menguji kedua-dua motosikal terbaru mereka,KTM 250 Duke 2017 dan 390 Duke pada tahun lalu.

Secara keseluruhannya, lebih ramai warga muda (dan yang berjiwa muda) telah mengembangkan pilihan mereka kepada jentera tahap permulaan ini. Malah, mereka yang sudah biasa menunggang motosikal berkapasiti lebih besar juga telah mula kembali ke motosikal tahap pertengahan hanya kerana pilihan yang telah tersedia sekarang menawarkan begitu banyak keterujaan di samping mengekalkan kos penyelenggaraan pada tahap yang agak rendah.

Jadi, apabila berbicara mengenai pilihan muktamad, anda hanya perlu fikirkan bajet serta kegunaan keseluruhan dan kami pasti yang anda semua akan menemui motosikal yang sesuai tidak kiralah ianya sebuah jentera litar atau yang lebih gemar menyusuri jalan yang bersimpang siur menuju ke tempat bersarapan atau makan tengah hari kegemaran anda sewaktu tunggangan hujung minggu anda.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan