Bikesrepublic

Apakah Maksud Kesalahan Menghalang Lalu Lintas

Kami telah menyiarkan berita mengenai kesalahan menghalang lalu lintas merupakan yang terbanyak ketika Operasi Hormat Undang-undang (Ops HUU) yang berjalan ketika ini. Sebanyak 15,075 saman berkaitan kesalahan itu telah dikeluarkan hanya dalam masa tujuh hari.

Sehubungan itu, ia wajar kita lihat definasi kesalahan “menghalang lalu lintas” dengan lebih dekat.

Apakah maksud menghalang lalu lintas?

Menghalang lalulintas di Malaysia merujuk kepada tindakan atau perbuatan yang mengganggu, menghalang, atau menyekat kelancaran aliran lalu lintas di jalan raya.

Apakah yang diklasifikasikan sebagai kesalahan menghalang lalu lintas?

Kesalahan-kesalahan ini biasanya dikawal oleh undang-undang lalu lintas Malaysia, seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang seperti saman, denda, atau tindakan disiplin lain terhadap pihak yang bertanggungjawab. Tujuan penguatkuasaan ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas bagi semua pengguna jalan raya.

Ini boleh termasuk pelbagai jenis kesalahan seperti:

  • Parkir tidak mengikut peraturan: Memarkir kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan atau yang menghalang lalu lintas, seperti di persimpangan jalan, di tempat pejalan kaki, atau di zon larangan parkir.

  • Kenderaan rosak/kemalangan yang ditinggalkan: Membiarkan kenderaan yang rosak atau terbabit di dalam kemalangan di tengah jalan tanpa mengambil langkah-langkah untuk mengalihkannya atau tanpa memberi amaran yang mencukupi kepada pemandu lain.
  • Menggunakan laluan kecemasan: Menggunakan lorong kecemasan untuk tujuan selain daripada kecemasan yang sebenar, seperti memotong lalu lintas yang sesak.

  • Berhenti di dalam petak kuning: Memasuki dan berhenti di dalam petak kuning ketika keadaan tidak membenarkan laluan yang lancar adalah satu kesalahan.
  • Aktiviti tidak sah di jalan raya: Menjalankan aktiviti seperti menjual barang, menunggu penumpang, atau sebarang aktiviti lain yang menghalang aliran trafik di kawasan yang tidak dibenarkan.

  • Pembinaan atau penghalang sementara: Menempatkan kon, barikade, atau sebarang struktur sementara di jalan tanpa izin yang boleh menghalang atau menyekat lalu lintas.
  • Kesesakan lalul intas yang tidak diurus: Tidak mengambil tindakan yang wajar untuk mengurus kesesakan lalulintas semasa acara besar, kemalangan, atau situasi kecemasan.

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube