Tidak perlu dikatakan, pad brek (brake pad) adalah sebahagian daripada komponen yang membuatkan sistem brek beroperasi, tanpa mengira samada ia jenis sistem hidraulik atau dram. Tiada pad brek, tiada brek! Jadi, apakah piawaian untuk pad brek?
Jadi, apakah piawaian itu?
Pertama sekali, kita bermula dengan kenapa adanya keperluan untuk sesuatu piawaian.
Piawaian menggunakan kaedah ujian berulang yang biasanya mengikut aliran kemajuan. Piawaian juga memastikan bahawa mana-mana produk yang diuji dan diluluskan memenuhi sesuatu set keperluan yang tertentu – biasanya untuk faedah keselamatan kepada pengguna. Sebaliknya, pengeluar boleh melakukan apa sahaja sesuka hati sehingga merugikan pengguna. Contoh terbaik ialah topi keledar motosikal.
Jadi, untuk pad brek yang terutamanya yang diimport, ia diuji dan diluluskan melalui:
ECE R90
- “ECE” bermaksud Suruhanjaya Ekonomi Eropah (Economic Commission of Europe). Juga kadangkala ditandakan sebagai “CE” untuk Conformité Européenne.
- “R” bermaksud Peraturan (Regulation).
- “90” ialah nombor piawain. (Ingat tak topi keledar motosikal jatuh di bawah piawaian R22?)
Hampir mana-mana produk yang dijual di negara Kesatuan Eropah mestilah diuji dan disahkan mengikut piawaian masing-masing.
Bagaimana pula dengan Malaysia?
Malaysia mempunyai piawaian sendiri untuk pad brek, iaitu:
MS1164:2015
- “MS” bermaksud Malaysian Standards (Piawaian Malaysia).
- “1164” ialah nombor piawaian.
- “2015” ialah tahun semakan.
Dan piawaian manakah yang harus saya ikuti?
MS1164:2015 berkuat kuasa mulai 1 November 2015 dan pad brek buatan Malaysia mesti mempunyai huruf ini dicetak pada plat belakang pad.
Pad yang diimport harus mempunyai standard ECE R90 yang dicetak padanya. Tetapi pengimport atau pengeluar juga boleh mendapatkan kelulusan standard MS1164:2015.
Sebaik-baiknya gunakanlah pad brek yang diperakui piawaian ECE R90 atau MS1164:2015 atau kedua-duanya. JANGAN berkompromi dengan pad brek (atau mana-mana komponen brek) kerana ia melibatkan keselamatan anda dan orang tersayang.
Kami akan menyentuh lebih lanjut mengenai ujian yang terlibat dalam masa terdekat.