Bikesrepublic

Aprilia RS440 Dikesan Jalani Ujian Di India

Aprilia bakal merancakkan pasaran motosikal bawah 500cc di India dengan memperkenalkan RS440.

Motosikal segmen ‘entry-level’ itu telah dikesan menjalani ujian di India, baru-baru ini.

Tinjauan di laman web dua roda negara itu mendapati RS440 itu akan dilancarkan sekitar tahun depan dan akan bersaing dengan jentera KTM RC 390 dan Kawasaki Ninja 400. 

Meskipun pada awalnya kapasiti enjin jentera itu tidak dikenal pasti namun AutoCarIndia mendakwa mereka berjaya memperoleh maklumat yang menyatakan model tersebut merupakan Aprilia RS440. 

Jentera tersebut didakwa menampilkan enjin parallel-twin 440cc yang dibangunkan daripada platform 660cc sedia ada. 

Selain itu, gambar ‘spy shot’ yang dikongsikan juga memaparkan kehadiran ekzos ‘underbelly’. 

Menariknya, rupa keseluruhan Aprilia RS440 ini juga mirip RS660 termasuk bahagian ‘swingarm’. 

Namun, bagi memastikan RS440 ini berada dalam skop mampu milik, model tersebut datang dengan cakera brek tunggal berbanding berkembar pada RS660. Bagaimanapun, model 440cc ini masih lagi datang dengan ciri premium termasuk fork USD. 

Difahamkan, RS440 itu akan dihasilkan di kilang Piaggio terletak di Baramati, Pune. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan