Bikesrepublic

Aprilia RS660 Hampiri Pelancaran, Dah Ada Yang Bayar “Booking”

Kami telah pun melaporkan bahawa Aprilia RS660 semakin menghampiri pelancaran di Malaysia dan akan ditawarkan dengan harga promosi sekitar RM6X,XXX.

Bagaimanapun, kami difahamkan bahawa ada pihak yang telah pun membuat bayaran tempahan (booking) bagi menjadi antara yang terawal memiliki motosikal segment middleweight serba baharu itu.

Aprilia RS660 dilengkapi enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC yang menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)!

Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter).

Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar).

Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload).

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm.

Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube