Aveta Globa Marketing Sdn Bhd telah pun melancarkan moped terbaru untuk pasaran Malaysia, V13R 2021.
Aveta V13R sertai DY90, RX110, VS110 dan Ranger 110 yang telah pun berada di pasaran sebelum ini.
Menariknya, Aveta menjangkakan V13R mampu meningkatkan juaan antara 400-500 unit sebulan.
Aveta V13R menawarkan 7.8hp pada 7,500rpm dan 8.5Nm pada 5,500rpm hasil penggunaan enjin satu silinder 124cc berkaburator dengan penyejukan udara.
Model ini juga digerakan dengan transmisi 4-kelajuan yang dibantu tangki minyak berkapasiti 4.5L.
Meskipun ditawarkan pad harga serendah RM6,688, Aveta V13R ini tampil dengan pelbagai ciri terkini antaranya:
- lampu LED dengan DRL (daytime running light)
- port pengecas USB
- kaliper 2-pot dengan cakera brek
- rim aloi
Menurut Aveta, V13R ini datang dengan waranti kilang dua tahun atau perbatuan 20,000 kilometer (mana yang sampai dahulu) dan akan tiba di pengedar rasmi bermula 29 November ini.