Bikesrepublic

Azam Menunggang 14,000km Kembara Jelebu ke Makkah

Pasangan suami isteri berazam menunggang motosikal sejauh 14,000km dalam Kembara Jelebu ke Makkah bagi menunaikan haji.

Mohd. Rahmat Mohammed Amin, 38, dan isteri, Nurazlinda Mohamad, 36, dari Taman Bukit Mohagani ingin mencapai impian mereka sejak tiga tahun lalu dengan menggunakan motosikal Yamaha Fz150.

Mohd Rahmat berkata, sebelum ini dia pernah menunaikan umrah bersama isteri dengan pesawat sebelum berniat ke Tanah Suci melalui jalan darat. Kali ini, mereka ingin menggunakan laluan Tibet-Himalaya yang dipercayai lebih ekstrem pada kembara yang bermula 20 Mac ini.

“Kembara sejauh 14,000 kilometer itu merentas 13 negara bermula dari Malaysia dan berakhir di Arab Saudi dengan sasaran sampai di Makkah pada 5 Mei.”

Mereka bakal melalui negara Thailand, Laos, China, Nepal, India, Pakistan, Iran, Turki, Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu dan berakhir di Arab Saudi.

“Pemilihan laluan itu berikutan penutupan sempadan negara Mynmar kesan krisis dihadapi negara itu dan kos lebih tinggi diperlukan sekiranya meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand ke India. Justeru itu, laluan Tibet-Himalaya menjadi pilihan walaupun sukar, kami berharap dapat melaluinya biarpun bakal berdepan cabaran cuaca,” katanya.

Mereka telah menjual beberapa motosikal milik mereka untuk mengumpulkan dana bagi Kembara Jelebu-Makkah itu.

“Tiga motosikal kami iaitu dua Yamaha Lc135 dan sebuah Yamaha R25 dijual selain perlu berusaha mencukupkan perbelanjaan sebelum memulakan perjalanan pada 20 Mac ini.

“Kemungkinan Aidilfitri tahun ini kami sambut di Base Camp Everest atau di Taj Mahal, India namun semua bergantung kepada perjalanan dilalui,” katanya.

Mohd Rahmat berkata, semua persiapan berkaitan dokumen diselesaikan serta pihak kedutaan Malaysia di setiap negara dilalui telah dimaklumkan.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube