- Selepas 30 tahun dalam pasaran Malaysia, motosikal Honda EX5 telah memperoleh status ikon dengan lebih daripada dua juta unit yang dikeluarkan dan dijual.
- Motosikal terkini mereka, Honda EX5 Dream Fi Edisi Terhad Ulang Tahun ke-30 2017 didatangkan dengan rupa dan gaya yang diperbaharui bagi meningkatkan lagi daya tarikan motosikal cub ini kepada generasi baru yang mencari motosikal pertama yang sesuai bagi diri mereka.
- Tiga dekad mereka telah membantu Malaysia membangun dalam hampir ke semua industri, dan ini telah membantu motosikal EX5 untuk terus berkembang menjadi sebuah motosikal yang masih lagi relevan serta menakjubkan walaupun pada tahun 2017.
Ianya sudah menjangkau 30 tahun sejak motosikal Honda EX5 yang pertama dihasilkan oleh kilang Boon Siew Honda pada tahun 1987 yang lalu. Dalam jangka masa tiga dekad itu, lebih daripada dua juta unit motosikal cub yang unik ini telah dikilangkan dan tidak syak lagi, ianya salah sebuah penggerak utama dalam hampir ke semua industri di dalam negara kita, Malaysia.
Pada tahun 2015, BSH telah memperkenalkan sebuah motosikal Honda EX5 Dream serba baru yang dilengkapi dengan teknologi “Programmable Fuel Injection” (PGM -Fi) Honda. Evolusi ini menjadikan motosikal EX5 ini lebih relevan serta cekap untuk kegunaan seharian zaman sekarang kerana ianya menghasilkan prestasi yang baik dengan kejituan yang amat tepat di samping menjaga alam sekitar. Hasilnya? 10% lebih kuasa serta lebih cekap bahanapi berbanding generasi sebelumnya.
Baru-baru ini, BSH telah mengumumkan motosikal terkini mereka, Honda EX5 Dream Fi Edisi Terhad Ulang Tahun ke-30 2017 dengan rupa paras yang diperkemaskini. Kemaskini ini telah memberikan motosikal ikon ini rupa paras yang serba baru dan segar dan pada masa yang sama, mengekalkan keteguhan, kecekapan, serta keselesaannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Honda EX5 Dream Fi Edisi Terhad Ulang Tahun ke-30 2017, TEKAN SINI.
Dilengkapi dengan sebuah enjin satu silinder 110cc yang telah dibikin semula, motosikal EX5 terbaru ini patuh peraturan Euro3 atas jasa beberapa perubahan penting pada aturcara enjin serta talaan dan “Programmable Fuel Injection” (PGM -Fi) Honda yang cukup sesuai sekali untuk masa kini.
Oleh kerana ia menggunakan teknologi berkenaan, motosikal EX5 terbaru ini telah dianugerahkan dengan status EEV (Energy Efficient Vehicle – Kenderaan Cekap Tenaga), di mana ia menawarkan antara tahap penggunaan bahanapi yang terbaik di dalam negara. Secara mudahnya, motosikal EX5 ini tidak akan membebankan poket anda untuk membuat isian semula, apatah lagi dengan harga petrol yang sentiasa berubah secara mingguan di dalam negara kita ini.
Melihat pada rupanya, terutamanya bagi model edisi terhad ulang tahun ke-30 mereka itu, ianya tampak amat cantik sekali, dan kami yakin ramai warga muda Malaysia di luar sana pasti berasa yang sama mengenainya. Dengan penggayaannya yang telah dikemaskini, kemasan warnanya, dan roda tempanya itu, sukar untuk menafikan yang motosikal EX5 yang boleh didapati untuk tahun 2017 ini tampak sehebat, jika tidak lebih hebat lagi, dari sebelum ini.
Dalam dunia pengkhususan motosikal juga turut menganggap motosikal EX5 sebagai di antara platform yang terbaik untuk mencipta karya seni mereka. Salah satu contoh yang terbaik telah dihasilkan oleh mereka yang berada di Shawn Seelan Creation, yang dapat dilhat pada gambar di bawah, digelar “Raijin”, atau lebih dikenali sebagai “Dewa Halilintar”.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal EX5 buatan khas hasil karya Shawn Seelan Creation, TEKAN SINI.
Berbalik kepada persoalannya.Selepas 30 tahun di dalam pasaran, bagaimana motosikal Honda EX5 masih kekal relevan walaupun pada tahun 2017 ini? Bergerak ke arah masa hadapan, setiap orang, terutamanya golongan muda, senantiasa menginginkan yang terbaik dari segi prestasi yang boleh diharap serta gaya pada harga yang amat berpatutan. Bersandarkan kriteria ini, motosikal Honda EX5 Dream Fi ini kekal sebagai salah sebuah motosikal terbaik untuk dimiliki sebagai kenderaan dua roda pertama mereka.
Selepas 30 tahun berada di dalam industri, dengan tidak terkira banyaknya evolusi yang telah dilalui, dan lebih daripada dua juta unit yang telah dihasilkan serta dijual, motosikal Honda EX5 masih lagi relevan pada masa sekarang ini. Ianya akan terus kekal sebagai pendorong utama bagi kebanyakan industri di Malaysia dan dengan kemaskini yang terbaru ini, Ia masih lagi kekal sebagai pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin memiliki motosikal mereka yang pertama.