Bikesrepublic

Bagaimanakah Kamera AES Berfungsi?

Sumber gambar: SoyaCincau
  • PLUS akan mengusulkan pemasangan lebih banyak kamera AES di ke semua enam buah lebuh raya mereka.
  • Jika diluluskan, ia akan turut dipasang di Jambatan Pulau Pinang.
  • Namun, bagaimanakah kamera AES ini berfungsi?

Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) akan mengusulkan cadangan kepada pihak berkuasa untuk memasang lebih banyak kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

Badan konsesi berkenaan sedang mempertimbangkan bagi memasang lebih banyak kamera perangkap laju di ke semua enam buah lebuh raya di bawah seliaan mereka. Jika cadangan ini diluluskan, kamera tersebut akan turut dipasang di Jambatan Pulau Pinang.

Kamera AES – Sumber imej: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Bercakap dengan akhbar The Star, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail mengatakan cadangan berkenaan adalah untuk memastikan para pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Datuk Azman telah membuat kenyataan berkenaan sewaktu pelancaran Ops Selamat 14. Operasi ini akan diadakan dari 29 Januari hingga 12 Februari bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Bagaimanakah Caranya AES Berfungsi?

Kami pernah dengar ada penunggang motosikal yang mengatakan bahawa dengan melindungi tolok kelajuan motosikal, kita boleh mengelakkan kamera AES daripada menangkap gambar tolok kelajuan berkenaan. Hendak menangis ada, hendak tergelak pun ada.

Kamera AES tercetus dengan menentukan berapa lama masa yang diperlukan bagi sesebuah kenderaan untuk bergerak melalui satu jarak yang tertentu. Masihkah anda ingat dengan formula Halaju = Jarak/Masa? (Sila tekan sini untuk mengingatinya semula.)

Terdapat dua jenis pengesan:

1. Pengesan Piezo atau lingkaran induktif yang diterapkan di atas jalan raya. Ianya untuk mengesan kelajuan melebihi had yang ‘lebih perlahan’. Sistem ini juga telah digunakan bagi mengesan kehadiran trafik di sesetengah persimpangan jalan.
2. Pengesan radar yang dipasang pada bahagian luar perumah kamera. Ini bagi mengesan kenderaan yang bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi.

Bagi pengesan yang ditanam atas jalan raya, sepasang pengesan ditanam pada satu jarak di hadapan kamera berkenaan. Lebih cepat sesebuah kenderaan itu melepasi kedua-dua pengesan, lebih laju ia bergerak.

Radar berfungsi dengan melantunkan gelombang mikro pada sesebuah objek. Lebih pantas gelombang itu melantun kembali ke pengesan, lebih dekat objek itu dengan pengesan. Unit pemprosesannya menghitung perbezaan masa antara masa kembalinya gelombang yang pertama dan gelombang-gelombang yang berikutnya. Lebih pantas ia kembali, lebih laju kenderaan itu bergerak.

Sebagai contoh:

Kita andaikan bahawa jarak antara kedua-dua pengesan atau gelombang radar adalah sejauh 20 meter, dan kereta melintasi jarak tersebut dalam masa 0.5 saat.

Halaju = 50m/5 saat = (20/1000) km/(2/3600) jam = 0.02 km/0.00014 jam = 142km/j

KLIK! Masa untuk periksa MyEG untuk saman anda.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan