Baru-baru ini, pengeluar motosikal China, Benda, mencuri tumpuan apabila melancarkan model terbaru, LFC 700.
LFC 700 merupakan motosikal segmen sport cruiser yang tampil dengan dua varian, dengan standard menawarkan 84.5hp pada 10,000 rpm manakala model premium (High Power) hadir dengan 92.5hp pada 11,000rpm.
Menariknya, Benda turut memperkenalkan LFS 700, sebuah motosikal segmen naked yang juga dihidupkan dengan enjin 680cc sama yang terdapat pada LFC 700.
Model baharu ini – yang akan dipasarkan bermula Oktober – menawarkan 92.5hp pada 11,000rpm sama seperti varian High Power LFC 700.
Bukan itu sahaja, LFS 700 ini turut dilengkapi dengan ciri premium lain antaranya brek Brembo, dan sistem ‘suspension’ KYB.
Namun, ketika LFC 700 mengguna pakai kerangka jenis ‘cast alloy’, LFS 700 dilengkapi dengan gabungan kerangka aloi dan besi.
Berbanding LFC 700 yang menawarkan tayar berukuran 310mm di belakang, LFS 700 lebih konvensional dengan 120 depan dan 180 belakang yang dipadankan bersama rim 17″.
Benda turut mendakwa LFS 700 ini lebih ringan, dengan 217 kg dan mampu merekodkan kelajuan maksima 209km/j.
Benda LFS 700 ini akan dijual dengan harga CNY38,800 (RM24,900).