Bikesrepublic

Benelli 802S Lancar Tak Lama Lagi – Lebih Ringan, Kuasa Naik 95HP

Benelli 752S telah pun berada di dalam pasaran global pada awal 2021 dan turut dilancarkan di Malaysia pada Februari 2021 dengan harga RM37,888.

*Benelli 752S

Walaupun tampil dengan reka bentuk agresif dan ‘sporty’ namun model bernadikan enjin parallel-twin 754cc ketinggalan dari aspek kuasa dengan hanya menawarkan 75hp dan 67Nm.

Meskipun kuasa tersebut meletakkannya setaraf dengan Yamaha MT-07 namun 752S jauh lebih berat dengan 228kg berbanding 183kg. 

*Benelli 752S

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Benelli akan mengatasi masalah itu dengan memperkenalkan versi 802S tidak lama lagi.

Ini kerana jenama motosikal China-Itali itu telah pun memfailkan dokumen kelulusan di China yang mendedahkan model akan datang itu bukan sahaja lebih berkuasa (dengan kapasiti enjin lebih besar) malah lebih ringan.

Menurut dokumen tersebut, motosikal generasi terbaru itu naik 45cc kepada 799cc dengan kuasa juga meningkat dari 75hp kepada 95hp. 

Bukan itu sahaja, Benelli juga berjaya mengurangkan sekitar 20 kilogram berbanding model 752S. 

Meskipun tidak dinyatakan apakah punca kepada berat yang lebih ringan itu namun kami menjangkakan Benelli menaik taraf bagi kerangka, swingarm dan rim bagi mencapai keputusan tersebut.

Namun, beberapa ciri lain masih lagi dikekalkan antaranya fork 50mm dari Marzocchi dan brek Brembo.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube