Benelli Leoncino Bobber 400 telah dilancarkan. Ia menggunakan enjin V-Twin, dan diletakkan di antara Leoncino 125 satu silinder dan Leoncino 500 yang menggunakan enjin kembar selari.
Ciri-ciri:
- Enjinnya ialah 385cc, SOHC, 60° V-Twin yang menghasilkan 34.5hp pada 8,000 RPM, dan 36.6Nm pada 4,500 RPM. Inilah yang anda harapkan daripada enjin V-Twin sebuah motosikal ‘cruiser’.
- Kuasa enjin dihantar melalui transmisi enam kelajuan dan pemacu akhir tali sawat (‘belt‘).
- Direka oleh Centro Stile Benelli di Itali, pembuatnya cuba menerapkan gaya ‘power cruiser‘ dalam Leoncino Bobber 400. Apapun ia kelihatan seperti gabungan Fat Boy dan XR1200 kepada kami.
- Tayar 16 inci, hadapan dan belakang. Tayar depan mempunyai lebar 130mm, belakang 150mm.
- Setiap roda mempunyai brek cakera tunggal, hadapan ius 300mm manakala belakang adalah 240mm. ABS adalah standard.
- Ketinggian tempat duduk hanya 735mm, berat kerb ialah 180kg.
- Tangki itu memuatkan 15 liter bahan api.
- Skrin TFT berbentuk bulat.
Itu sahaja data yang dikeluarkan dan ia adalah motosikal yang ringkas. Harga Benelli Leoncino Bobber 400 masih belum didedahkan.