Benelli telah melaksanakan beberapa naik taraf terbaru bagi motosikal popular, TRK 502 X.
Menurut laporan, TRK 502 X kini dilengkapi dengan ‘swingarm’ aluminium serta skrin TFT.
Bukan itu sahaja, model 2022 juga menyaksikan pertambahan ciri sensor tekanan tayar dan ‘heated grips’.
Bagaimanapun, naik taraf paling mencuri tumpuan terarah kepada bahagian ‘swingarm’ dengan Benelli mendakwa penggunaan bahan aluminium menyaksikan berat berjaya dikurangkan sebanyak 3.5kg.
Namun, bahagian nadi kekal sama dengan TRK 502 X digerakan enjin parallel-twin 500cc yang menjana 47.6hp dan 46Nm.
Selain enjin, reka bentuk TRK 502 X juga dikekalkan kecuali beberapa pertambahan warna baharu.