Bikesrepublic

Binder Sertai Petronas Sprinta Moto3, Gardner Tinggalkan ONEXOX TKKR SAG Team

Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapatkan khidmat Darryn Binder bagi musim 2021 Moto3.

Adik kepada Brad Binder itu membuat penampilan sulung di Moto3 pada 2015 merupakan pelumba tonggak bagi CIP Green Power musim ini namun bakal beralih daripada jentera KTM buat julung kalinya sejak 2016 kepada NSF250RW.

Pelumba berusia 22 tahun itu menyatakan rasa teruja atas peluang baharu bersama Petronas Sprinta.

“Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Petronas Sprinta Racing musim depan. Saya teruja ketika peluang itu ditawarkan dan saya yakin kami memiliki pakej terbaik untuk melakar keputusan musim depan,” jelas Binder.

Sementara itu, pengumuman ini hadir selepas John McPhee berjaya merekodkan kemenangan sulung Moto3 di Misano minggu lalu, keputusan itu menyaksikan dia kini hanya 14 mata dibelakang pendahulu kejuaraan.

Dalam perkembangan lain, pelumba ONEXOX TKKR SAG Team Moto2, Remy Gardner, sah sertai Red Bull KTM Ajo Moto2 musim depan.

Gardner yang kini memasuki musim kelimanya di Moto2 (musim kedua bersama ONEXOX) akan menggantikan Jorge Martin, yang dicanang akan ke Pramac Ducati MotoGP musim depan.

“Saya sangat gembira dengan peluang sertai pasukan impian saya. Saya teruja dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Red Bull dan KTM. Terima kasih kepada mereka atas peluang yang diberikan,” katanya.

Pengarah Permotoran KTM, Pit Beirer juga meluahkan keyakinan terhadap Gardner.

“Saya lega kerana Remy (Gardner) akan berada di bawah payung kami. Kami berasakan dia seorang pelumba yang istimewa dan memiliki skil terbaik berlumba,” jelasnya.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan