Bikesrepublic

BMW Akan Mengemaskini Keseluruhan Rangkaian Boxer Pada Tahun 2019?

BMW R 1250 RT – Sumber imej: riders.drivemag.com
  • Ianya telah diperkatakan oleh ramai bahawa BMW mungkin akan memperkenalkan enjin Boxer 1,254cc yang baharu.
  • Enjin baharu ini dijangka akan menjana model R 1250 GS dan R 1250 RT yang baharu.
  • Namun, CARB telah mendedahkan yang ianya akan menjana keseluruhan rangkaian “R”.

Pertama sekali, BMW dikatakan akan memperkenalkan sembilan buah model baharu untuk tahun 2019, tetapi berita paling menarik sudah semestinya mengenai kemungkinan kemunculan sebuah enjin Boxer berkapasiti lebih besar, dan dengan itu, sebuah motosikal R 1250 GS yang baharu, yang telah digembar-gemburkan sejak bulan Mei tahun ini, sewaktu sebuah R 1200 RT baharu diintip menjalani ujian jalan raya. Kini, telah muncul pula satu khabar mengatakan yang enjin baharu ini akan menjana keseluruhan rangkaian Boxer.

https://www.bikesrepublic.com/2018/05/15/bmw-r-1250-gs-akan-dikeluarkan-pada-tahun-2019/

Berita ini ditiriskan melalui pemohonan dengan California Air Resources Board (CARB), jabatan kawal selia tahap emisi California, yang mendedahkan bahawa BMW akan memperkenalkan enjin Boxer 1,254cc baharu ini pada lima buah model baharu. Berita ini telah mengejutkan kami kerana pada mulanya kami menganggap yang ianya hanya akan dilengkapkan pada model R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure baharu, dan barang kali pada model R 1250 RT.

Selain daripada tiga buah model tersebut, BMW turut memfailkannya untuk R 1250 RS dan R 1250 R.

Enjin “Wasser-Boxer”

Enjin Twin melintang-bertentangan 1,254cc itu, lebih dikenali ramai sebagai enjin Boxer, dikatakan akan bercirikan pemasaan injap boleh ubah yang pertama bagi BMW. Keluaran kuasa juga dikatakan akan berada di sekitar 134hp. Selain itu, enjin tersebut dikatakan akan bertambah beratnya.

Kemaskini ini akan menandakan satu lagi pencapaian besar dalam evolusi enjin Boxer BMW yang amat disegani sejak ia menjadi enjin sejukan cecair pada tahun 2013.

Bagaimana pun, tiada sebarang berita mengenai rangkaian R nineT yang dijana oleh enjin Boxer sejukan minyak generasi sebelumnya. Barang kali pada tahun 2020, kerana tahap piawaian Euro 5 akan bermula pada tahun itu.

Kami jangkakan kemaskini kecil pada reka bentuk dan barang kali pada casis motosikal baharu itu, kerana kemaskini utama telah dilakukan pada enjinnya itu. Kami jangka yang model baharu ini akan muncul sewaktu pertunjukan Intermot di Cologne, Jerman, pada bulan hadapan.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube