Bikesrepublic

BMW C 400 X Dan C 400 GT Dinaik Taraf Untuk 2021

BMW Motorrad melancarkan C 400 X dan C 400 GT yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu.

*BMW C 400 GT 2021

Bagi tahun 2021, enjin 350cc satu silinder ini kini berstatus Euro 5 namun kekal menawarkan 34hp pada 7,500rpm dan 35Nm pada 5,750rpm serta dipadankan bersama transmisi jenis CVT (Continuously Variable Transmission).

*BMW C 400 GT

Pada masa sama, BMW turut memperkenalkan fungsi ‘electronic throttle grip’ di samping sistem pengurusan enjin baharu.

Beberapa bahagian enjin juga telah dikemas kini antaranya, catalytic converter, O2 sensor, cylinder head, wiring harness dan kelajuan idle.

*BMW C 400 X

Susulan mencapai piawaian Euro 5, enjin juga lebih lancar dan lebih sensitif kepada pulasan throttle manakala gegaran sewaktu dalam ‘idle’ kurang dirasai.

Sistem ‘Automatic Stability Control'(ASC) turut dioptimumkan bagi model 2021 antaranya kalibrasi boleh dilakuakn secara automatik berbanding manual seperti sebelum ini antaranya ketika pertukaran tayar.

*BMW C 400 X

Menurut BMW Motorrad, ASC tidak lagi perlu dinyahaktifkan ketika menunggang atas permukaan basah dan licin.

Ruang letak barang dengan Flexcase 45L kini menerima pencahayaan lebih baik dengan cahaya datang dari atas berbanding sisi seperti model sebelum ini.

Selain daripada soket 12V, ruang letak barang di bahagian depan sebelah kanan kini menempatkan port pengecas USB.

BMW C 400 X didatangkan dengan tiga warna pilihan, Blackstorm metallic, Granite Grey sementara varian Style Sport datang dengan warna Blackstorm Metallic dan Racingblue Metallic.

Manakala C 400 GT datang dengan warna Alpine White dan Kallisto Grey dan Blackstorm Metallic bagi varian Style Triple Black.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan