Bikesrepublic

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Kini Di Malaysia – RM85,500!

BMW Motorrad Malaysia telah pun melancarkan BMW F 850 GS edisi ulang tahun ke-40 GS untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga RM85,500 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Model ini mendapat sentuhan pilihan warna unik sempena meraikan ulang tahun ke-40 model GS dengan gabungan warna hitam dan kemasan kuning keemasan yang terpampang di bahagian ‘handguard’, panel tepi serta tempat duduk pillion.

Pemilihan rim spoke berwarna emas turut membuatkan rupa keseluruhan F 850 GS ini lebih menonjol.

Sementara itu, F 850 GS 40 Years GS Edition ini masih lagi mengekalkan enjin dua silinder 835cc 4-valve dengan penyejukan cecair yang menjana 95hp pada 8,250rpm serta 92Nm pada 6,250rpm.

Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menurut BMW Motorrad, model ini juga tampil dengan sistem elektronik terkini antaranya:

  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • Dynamic Electronic Suspension Adjustment (ESA)
  • Riding Modes Pro
  • Dynamic Engine Brake Control
  • Shift Assistant Pro
  • ABS Pro

Segala ciri elektronik ini boleh diakses menerusi paparan TFT 6.5″ yang turut menawarkan sistem keterhubungan BMW secara standard.

Pada masa sama, sistem membrek dikendalikan cakera brek 305mm depan dan 265mm belakang.

Pelindung radiator serta ‘centre stand’ juga didatangkan secara standard berbanding model F 850 GS sebelum ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan