Bikesrepublic

BMW Lancar G 310 RR Di India – 33.5HP, 27.3Nm

Selepas berminggu pelbagai ‘teaser’ dikongsikan, akhirnya BMW Motorrad India melancarkan BMW G 310 RR.

Model sportsbike tersebut menyertai keluarga G 310 sedia ada, G 310 GS dan G 310 R yang dibangunkan hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal India, TVS Motor Company.

Sama seperti kedua-dua model itu, G 310 RR juga dikuasakan enjin TVS satu silinder 313cc yang menghasilkan 33.5hp pada 9,700rpm dan 27.3Nm @ 7,700rpm.

BMW G 310 RR itu juga mendapat rim aloi lima bilah berukuran 17-inci sama seperti G 310 R.

Bagaimanapun, ketika G 310 R dan G 310 GS menampilkan rekaan serba baharu, G 310 RR pula mengekalkan rupa bentuk dan rekaan sama dengan TVS Apache RR 310.

Aspek yang membezakan G 310 RR dan Apache RR 310 hanyalah pilihan warna dan grafik sahaja.

Turut dibawa dari Apache RR 310 adalah paparan skrin TFT menegak yang turut menawarkan fungsi ‘bluetooth connectivity’.

Selain itu,G 310 RR juga dilengkapi empat mod menunggang; Track, Urban, Rain dan Sport.

Menurut BMW Motorrad India, BMW G 310 RR ini ditawarkan pada harga INR285,000 (RM15.9k) bagi varian standard manakala varian Sport pula dijual pada harga INR299,000 (RM16.6k).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube