Bikesrepublic

BMW Motorrad Perkenalkan Rantai M Endurance, Bebas Selenggara

Penjagaan rantai motosikal merupakan antara perkara paling leceh untuk dilakukan namun dengan rantai M Endurance, dah tak perlu risau tentang penyelenggaraan.

Penyelenggaraan melibatkan meletakkan minyak dan mencuci rantai langsung tidak perlu dilakukan bagi rantai M Endurance ini.

Bukan itu sahaja, isu rantai kendur juga tidak akan berlaku sekaligus pengguna motosikal tak perlu lagi menegangkan semula rantai dari semasa ke semasa.

Seperti produk sebelumnya, rantai M Endurance ini merupakan jenis X-ring dan menempatkan minyak pelincir di antara bahagian roller dan pin.

Bagaimanapun, penambahbaikan terbaru dilaksanakan terhadap rantai M Endurance ini adalah menerusi salutan (coating) jenis ‘tetrahedrally amorphous carbon (ta-C)’ atau berlian industri di bahagian roller.

Salutan ta-C ini sangat kukuh dan tidak akan pudar atau merosot dari semasa ke semasa malah mengurangkan tahap geseran di bahagian dalam rantai.

Senario ini sekaligus bukan sahaja memudahkan penjagaan rantai dan motosikal malah mengurangkan kos penjagaan rantai dan lebih mesra alam.

BMW S 1000 XR

Rantai M Endurance ini kini boleh didapati bagi model BMW S 1000 RR dan S 1000 XR dengan model lain turut dijangka akan ditawarkan dengan rantai sama.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube