BMW R 12 (2025) yang terbaharu telah dilancarkan di Malaysia. Ia merupakan pengganti kepada siri R nineT yang telah berada di dalam pasaran sejak 2013.
BMW R 12 (2025) ini berupa motosikal jenis cruiser untuk tunggangan yang santai. Roda depannya berukuran 19-inci manakala yang belakang berkuran 16-inci.
Ciri-ciri utama:
- Sebagai sebuah model siri “R”, ia menggunakan enjin Boxer dua silinder mendatar (flat-twin) yang sinonim dengan motosikal BMW.
- Enjin R 12 masih yang sama seperti yang terdapat pada R nineT iaitu jenis 1170cc yang menghasilkan 95hp pada 6,500 RPM dan 110Nm pada 6,000 RPM. Terdapat juga penalaan prestasi enjin yang berbeza untuk model R 12 nineT yang belum dilancarkan di sini iaitu 1170cc, 109hp pada 7,000 RPM dan 115Nm pada 6,000 RPM.
- BMW berkata motosikal ini dapat memecut daripada keadaan rehat sehingga 100km/j hanya dalam 3.9 saat, dan mempunyai ‘top speed’ 200 km/j.
- Kotak udara yang baharu.
- Kotak gear 6 kelajuan yang baharu dengan kemudahan Shift Assistant Pro untuk penukaran gear tanpa menggunakan klac.
- Kerangka keluli satu unit menggantikan kerangka dua unit sebelum ini. BMW mendakwa bahawa kerangka baharu ini lebih ringan dan memberikan penampilan yang lebih kemas.
- Suspensinya terdiri daripada fork terbalik 45mm di depan, manakala terdapat monoshok yang boleh dilaras untuk prabeban dan redaman lantunan. Seperti biasa bagi rangkaian “R”, terdapat lengan ayun Paralever.
- Brek depan menggunakan dua cakera brek 310mm dan kaliper empat piston. Brek belakang pula menggunakan cakera tunggal dengan kaliper brek 2 piston.
- Ciri BMW Motorrad ABS Pro ialah standard.
- Ciri-ciri elektronik termasuklah 2 mod tunggangan iaitu Rock dan Roll.
- Terdapat juga Cruise Control.
- Dynamic Traction Control, serta Engine Drag Torque Control yang mengawal tork enjin agar road belakang tidak terlompat-lompat apabila gear diturunkan dengan agresif.
- Motosikal ini juga dipasang dengan ciri Hillstart Control yang memberikan kawalan terbaik ketika motosikal berhenti di lereng bukit.
- Selain itu terdapat juga ciri BMW Intelligent Emergency Call yang membuat panggilan kecemasan jika motosikal terlibat di dalam kemalangan.
- Lampu-lampu LED digandingkan dengan Adaptive Headlight Pro dan Dynamic Brake Lights.
- Meter kelajuan berbentuk bulat yang klasik.
- BMW R 12 (2025) disediakan di dalam warna Aventurin Red Metallic.
- Ekzos tahan karat yang baharu.
Harga jualannya bermula daripada RM123,000.