BMW R 12 S (2025) telah dilancarkan, dan ia merupakan penghormatan yang amat cantik kepada BMW R90S (1973-1976).
Mengapa R90S menjadi sebuah motosikal ikonik? BMW mengatakan bahawa R90S “menetapkan tanda seru untuk BMW Motorrad dengan 67 hp, kelajuan tertinggi 124 mph (dianggap sebagai ‘penghalang bunyi’ untuk motosikal pada masa itu), brek hadapan cakera berganda dan dinamik menunggang sukan.” Kita ketepikan ayat-ayat agensi Perhubungan Awam itu: R90S adalah motosikal yang memindahkan BMW daripada tanggapan “motosikal orang tua” ke dalam dunia motosikal prestasi. Malah, Reg Pridmore memenangi Kejohanan Superbike AMA 1976 dengannya. Cycle World menggelarnya sebagai motosikal yang memulakan revolusi sport-touring. Ia juga direka oleh Hans Muth, pereka yang kemudiannya merekabentuk Suzuki Katana yang pertama.
Rangkaian R nineT ialah rangkaian klasik moden untuk BMW dan telah menyaksikan beberapa lelaran indah bagi motosikal zaman dahulu, terutamanya R nineT Racer. Tetapi R 12 S ini paling cantik bagi kami setakat ini.
Berdasarkan R 12 nineT, BMW R 12 S menggunakan enjin Boxer 1170cc, penyejuk udara/minyak yang sama, dan menghasilkan 109hp dan 115Nm. Walaubagaimanapun, R 12 S ditambah dengan rim jejari dawai Option 719 Wheel Classic II, bar hendal dan tiub fork hitam. Enjin itu juga menampilkan beberapa bahagian hitam.
Skim cat dipanggil N42 Lava (yang asal dipanggil Daytona Orange) dan termasuk jalur merah serta jalur aluminium yang diberus pada tangki bahan api dan penutup tempat duduk belakang. Dan jangan lupa fairing lampu klasik, kerana R90S adalah motosikal pengeluaran pertama yang menampilkan ciri tersebut.
Ciri-ciri lain termasuk Hill Start Control, Gear Shift Assist Pro, cruise control, Headlight Pro.
Harga ialah USD21,590 (RM95,997.59) di AS sebelum cukai. Menyesal saya tidak menjadi broker saham dari dulu…